Monday 23 September 2013

Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor



Hari raya tempohari kami sekeluarga menziarahi seorang sahabat lama di Putrajaya. Suriawati namanya. Macam-macam yang kami borakkan sehinggalah kepada membeli belah barangan keperluan. Suria kerap lalu Setia Alam untuk membeli barangan basah di Pasar Pasir Penambang. 2 bulan sekali katanya!

Wah! daku yang tinggal di Setia Alam pon tak pernah pergi Pasar Pasir Penambang nih! Sekian lama hanya mendengar cerita-cerita keBESTan pasar ini tapi ku buat nohe sahaja tak berminat nak pergi. Jauhhhh bebenor tuuuu Kuala Selangor!! Tapi apabila orang Putrajaya sanggup memandu ke Pasir Penambang untuk beli stok ikan dan udang, takan aku orang Setia Alam yang lebih hampir ini tak pernah pergi? erkkkk!!!


Jalan-jalan cari pasar.
Maka bermulalah keterujaan nak pergi ke Kuala Selangor ini. Kebetulan pula ada kenduri kahwin Guru Taska Aafia Amra di Tanjung Karang. Sambil menyelam minum airlah. Bila goggle di Goggle map ianya berjarak  56.6km dan akan mengambil masa selama 58minit... uiii nasib baik nak g kenduri kawen, kalo semata-mata nak g pasar untuk harungi 57km... errrr.. tak sanggup mak!!! Kalo dah anak 6 dan memerlukan berkilo-kilo ikan, ayam dsb selama semingguuu... haaaa.. itu mungkin akan lain jalan ceritanya.

Pemandangan indah sebelum sampai ke majlis perkahwinan Teacher Fara.

Aku cukup suka g kenduri perkahwinan di luar bandar. Confirm takde ayam masak merah, .. kikikik... lauk sedap.. lauk kampung2 gituuu.. layannnnn.. dah kenyang baru kita singgah menikmati kewangian Pasar basah yer.. haaa.. dah sensiang pakai kebaya dengan seluar jeans gitu..  :)


Alamakk.. terus teruja nak bikin Spaghetti alle Vongole gituu..  tapi laterlah..


Aneka ketam pelbagai saiz.

Adeena kata.. "dah lama kita tak makan ketam"
ok ibu beli ketam hari ni, tapi seramnya ketam besar-besar sangat ..mau pegang seketul pon hampir sekilo nokkk.. so aku piley yg sederhana besar sahaja.  3 ekor  pon dah sekilo lebih. Jadilah.. tayah beli banyak2.



pelbagai saiz.. tapi akhirnya dia kasi rm40 sekilo dr semua tray dia kasi.. alamakk.. saya nak pilih sendiri!!!

Kesimpulan.

Menarik! Tertarik! pasarnya memang da Boommm!

Tapiiii...
ada saja tapinya... hehheheh.. takde jual ayam, daging ketika itu.. ada juga jual ayam kata sahabatku Kak Ina.. kejap ada, kejap takde dan harga agak mahal... sayur sedikit sahaja kurang pilihan. Jadi lecey juga tak boleh membeli belah all in one.
Sekali sekala nak makan udang besar.. ketam besar.. ikan besarrr dan fresh.. oklah datang sini. Semua segar-segar macam makan ikan hidup gituuu... gituuuuuu.. Ikan pon uii.. ikan hebat-hebatlah sampai sini takmolah beli ikan kembung. Ikan selar pon segabak besarnya. Ikan Chinahak pon ada! 

"Ikan apa nih tauke?" besarnyaaaa... kataku.
" Ikan Chinahakkkkk ! "  "ooOOooooo.."

aku OOoookan sahaja... Popular dikalangan orang Cina laaaa kut... desisku dalam hati... tapii.. ada ke nama ikan Chinahak?

"err.. Ikan Jenahak ka tauke?" tanyaku.
"yaaa.. ikan Chinahak..." jawab tauke..

ler... gasak ko ler tauke.. Jenahak.. Chinahak..ikan yang sama.. hahahhhaa.. gegara ikan Chinahak.. aku terperangkap beli ikan Chinahak 4.5 kilo... (kepala + isi ) hahahaha.. bapok besar kepala ikan ni mujur tang isi dapat 3 kelar kau.. kire hampir separuhlah dikerat ikannya bukan kepala semata-mata. Pada asal rm67 untuk 4.5 kilo. Aku buat derk.. nak rm40 jek utk 4.5 kilo.. tup2 dapat la pulak.. cis.. awat tak sebut rm30 tadi... tawar2 dah dapat takan nak tolak pulak... Amik ajeklah.. Bikin kari kepala ikan Chinahak sedap ni..murah dah tuuuu sebab sekilo rm20. Tang ekor RM22 ..

tapi nak g selalu untuk makan ahli keluarga yg comel macam kami ni.. Idok kutt.. jauh bebenooo.. sejam lebih nak sampai tuuu... traffic light pon banyak, taim musim cuti, kenderaan pon banyak.. letih ahh.. harga boley tahan je.. masih boleh dapat harga sebegitu di pasar basah Klang yang berjarak 5km sahaja dari rumah... cuma pasar Klang kenkadang dapat segar bangat.. kenkadang biasa-biasa sahaja.



Hasil karya selepas pulang dari pasar.


Nasi beriani Udang. beli udang wajib masak Beriani Udang wooo...


Ketam Goreng Oat dengan daun kari... miammm...

Cik abang kalo udang besar-besar, ketam bagai nih dia suka goreng sahaja berbanding dikuahkan. Nak extra specal kita goreng spesiallah. Nestum takde kita gati sahaja dengan oat... Uiii sedap.. menikmati hidangan ketam ini makan dengan tenang diwaktu senggang hari minggu.


Yang bestnya, keesokkan hari setelah membeli belah dengan "hebat" di Pasar Pasir Penambang. Buleh pula daku termenung nak masak apa sarapan pagi ini tiada "perencah" yang sehsuai. Abis dah beli ikan gabak-gabak, jenahak, bawal, kerapu bagai.. udang beli yg besar-besar.. ketam bagai.. takan nak bubuh udang sekilo rm40 dalam bihun goreng? miahahhaha..dasar kedekut. So kita bikin bihun goreng telur sajaaaaaaaa....  hahahhaa... dasarrrrrrrrrrrrr.....



Terasa nak bikin udang goreng tepunglah malam ni.












6 comments:

  1. omaiiiii...ai want beriani udang plissss!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lis.. Mee Udang banjir ker apa nama kat Kuala Selangor tuh sedap tak? cam tergedik jek nak cuba... hehehehe

      Lis.. Mee Udang banjir ker apa nama kat Kuala Selangor tuh sedap tak? cam tergedik jek nak cuba... hehehehe

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. JOM.. meh dtg rumah Lis.. Tapi jgn request buat Beriani Udang taim Open house yek.. mak serik! kakakakka.. tak reti masak banyak2... hohohohoho

    ReplyDelete