Seni Jahitan

Menjahit merupakan salah satu hobi yang dilakukan setahun sekali. Skill yang digunakan bagi menjimatkan wang setiap kali tiba hari raya. Gaun, baju kurung, langsir, sarung sofa dan sebagainya akan dijahit menjelang hari raya. Maksudnya menjahit ini aktiviti setahun sekali. heheheheh.. macam hari raya pula ya setahun hanya sekali... :)

Ada azam juga untuk menjadikan aktiviti menjahit ini sesuatu yang kerap dilakukan bagi mengisi masa lapang yang sebenarnya tidaklah berapa lapang. Supaya boleh meningkatkan kemahiran. Maklumlah, saya tidak pandai menjahit. Hanya pernah mengikuti workshop teori sahaja. Workshop dari jam 10pagi-4ptg. Teori menjahit langir dan sarung kerusi. Teori semata-mata. Lebih banyak gelak ketawa maklumlah yang mengajarnya kawan-kawan juga. :) Menjahit baju ini hantam keromo sahaja sebenarnya. Asalkan minat itu ada.. InsyaAllah semua kita boleh lakukan jika ada keazaman dan minat.

Menjahit manik? fuh suka! tapi dululah. Sewaktu komitmen tidak begitu banyak.. anak baru seorang. Sekarang menang tak sempat nak menilik manik bagai. Gaun kebanyakkannya meniru gaun readymade yang sedia ada. Bantuan ibu/ibu mertua juga tidak lupa.. 2-3 kali menjahit, kire lulus jugalah menjadi bajunya. tapi janganlah nak tempah dengan saya.. tak pakar langsung main lanyak aja... hehehhe.. :)

gelombang hijau.. baju hijau, headband pon ibu bikin jadi hijau.. hehehe

kiut tak kami?

Gaun dan headband purple digayakan anak-anak tersayang.
baru siap jait nih.. ada bunga-bunga geli-geli dipingang.
Baju raya 2009. Buat seluar untuk memudahkan anak-anak berlari.
Ayra semasa kecil. Baju belen-belen kain. Jadilah.. :)

satu-satunya baju kaler hijau yg sebenar..

pink.. i love pink

manik oh manik




eh.. nih bukan saya buat.. tempah aja.. dulu reti gak mengait.
Emak yang ajar basic. Sekarang malas.. malas.. malas..
 

0 comments:

Post a Comment