Sirap dan Halwa Roselle
Buah Roselle |
ROSELLE? : Sedap.. lama pula tak bikin. Tempohari sessi melawat Pasar Klang lagi. Ternampak pula buah roselle. Belilah sekilo. Pokok roselle ini kire tanaman agak jarang-jarang dapat dijumpai. Ayah mertuaku ada menanamnya di kebun. Baka baik besar-besar buahnya. Daku sendiri ada juga menanam di tepi rumah baka dari Afrika yang diambil dari ayah mertua tercinta tapi dek kerajinan tahap melampaui batas maka pokok rossele arwah akhirnya. Terkenang jua ketika menetap di Sungai Ara, Johor juga banyak pokok roselle ini tumbuh di tepi rumah, baka comel-comel skek dan suka petik dan dimakan begitu sahaja. Masam yg tak ler masam gitu..
Kebetulan keluarga dari kampung mahu berkunjung datang untuk meminang anak dara orang untuk adik bujangku pada ahad lepas. Makanya jom buat sirap roselle. Original.
Sirap Roselle
Bahan-bahan
1 kilo buah roselle
1 kilo gula pasir
Air secukupnya.
Cara Membuat
1. Ceraikan kelopak roselle daripada buahnya. Buah yang berbiji ditengah hendaklah dibuang.
2. Basuh buah roselle sehingga bersih.
3. Masukkan roselle dan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan roselle dan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan gula pasir dan kacau untuk larutkan gula.
5. Kecilkan api dan reneh sehingga sirap menjadi pekat.
6. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Kecilkan api dan reneh sehingga sirap menjadi pekat.
6. Tutup api dan biarkan sejuk.
7. Tapis sirap untuk mengasingkan kelopak dan sirap.
8. Tuang sirap roselle ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
9. Simpan kelopak untuk dibuat halwa.
*Jika tidak mahu dibuat halwa boleh diblender kelopak roselle dan dimasukkan ke dalam sirap roselle.
8. Tuang sirap roselle ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
9. Simpan kelopak untuk dibuat halwa.
*Jika tidak mahu dibuat halwa boleh diblender kelopak roselle dan dimasukkan ke dalam sirap roselle.
*Jika tidak suka roselle diblender boleh juga hanya biarkan kelopak roselle di dalam sirap dan dibancuh sirap bersama kelopaknya sekali.
Ini rajin sikit siap nak hiris2 buah rosellenya |
Basuh bersih dan dimasukkan dalam periuk dan didihkan. Merah sudah airnya. |
Masak sehingga pekat. |
Sambil-sambil menunggu suami pulang dari menghantar anak ke sekolah untuk bersarapan sempat pula mahu memblender buah roselle .. TETAPI ...Tetiba sahaja blender tak bergerak!!! ahh ahh.. takan padam dah blender yang sungguh berjasa ini? makanya.. jom malam ni buat halwa pula!
Halwa Roselle
Keringkan kelopak roselle hasil tapisan daripada sirap roselle
*pist.. biasa keringkan guna terik mentari. Ibu bekerja ni jika jemur tengah panas ada yg bertakung dek kena hujan.. kita masuk sahaja dalam oven.. Hehheeh.. Jgn terlebih suhu ya.. keras kejung nanti..
Dahulu ketika anak baru seorang.. ada juga membuat jem roselle sendiri. Taim rajin laaaa... Tapi sekarang ahh tak kuasa menghadap kuali lama-lama untuk membuat jem yang memerlukan kesabaran mengacau perlahan tahap tertinggi. :)
Beli sajaaaaaaaaaa... Jem roselle dari FAMA baru rm2.99. :)
Beli sajaaaaaaaaaa... Jem roselle dari FAMA baru rm2.99. :)
0 comments:
Post a Comment