eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Wednesday 30 October 2013

Layflat Fotobook

Layflat Fotobook Hardcover

Rosak-rosak. Bahasa rojak. Layflat Fotobook.

Art Card 1300gsm with Gloss/Matte Lamination - super tebal fotobook ini dengan kualiti paper yang lebih baik dah hampir setaraf dengan Custum Album.  Lama dah siap baru nak upload. Hai.. penyakit M.

Muka depan fotobook

bahagian belakang

Pra perkahwinan



merahnya makngah-pakngah ni..

anak menakan pengantin

family firsttt




 Kelebihan Layflat boleh letak gambar ditengah2 tanpa terpenyek gambar  dilipatan buku.



Tuesday 29 October 2013

DIY gaun dari tudung terpakai

Tudung awning selain dr cerewet nak jaga awningnya.. kerap juga dpt jenis kain yg cepat menipis dibahagian kepala. Bahagian di situ kerap meregang hingga cepat longgar alunan benangnya. Tidak mengapa, itu tandanya dah cukup haul digunakan dan leh bikin tudung baru... :)

Jadi kita boleh bikin kegunaan yang lain sementelah bahagian kain yang lain masih cantik. Gaun anak-anaklah apa lagi...
Jommm bikin...


Tudung awning ni ku jahit gak dulu.. 5-6 tahun sudah kut.. lunyai sudah.
Gaya org kampung potong kain gini lerrr .. 
Potong bulat jek sudey .. gaya senang dan cepat..
Ah siap dah melompat stepnya... :)  

Kain hitam-putih pula belance kain baju ibu saudara Anis.. Sian Anis pakai baju belen-belen kain yer.. hehehehe...


Pagi2 curi snap gambar depan pintu nursery.. Susah bebeno nak amik gambar Anis nih..




Acik-acik yg ada tudung terpenyek awning tuh dr dibuang marilah sedekah pada ibu Anis.. kekekeke..




Monday 21 October 2013

Sirap dan Halwa Roselle

Sirap dan Halwa Roselle


Buah Roselle
ROSELLE? : Sedap.. lama pula tak bikin. Tempohari sessi melawat Pasar Klang lagi. Ternampak pula buah roselle. Belilah sekilo. Pokok roselle ini kire tanaman agak jarang-jarang dapat dijumpai. Ayah mertuaku ada menanamnya di kebun. Baka baik besar-besar buahnya. Daku sendiri ada juga menanam di tepi rumah baka dari Afrika yang diambil dari ayah mertua tercinta tapi dek kerajinan tahap melampaui batas maka pokok rossele arwah akhirnya. Terkenang jua ketika menetap di Sungai Ara, Johor juga banyak pokok roselle ini tumbuh di tepi rumah, baka comel-comel skek dan suka petik dan dimakan begitu sahaja. Masam yg tak ler masam gitu.. 

Kebetulan keluarga dari kampung mahu berkunjung datang untuk meminang anak dara orang untuk adik bujangku pada ahad lepas. Makanya jom buat sirap roselle. Original.


Sirap Roselle

Bahan-bahan

1 kilo buah roselle
1 kilo gula pasir
Air secukupnya.


Cara Membuat
1. Ceraikan kelopak roselle daripada buahnya.  Buah yang berbiji ditengah hendaklah dibuang.
2. Basuh buah roselle sehingga bersih.
3.  Masukkan roselle dan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4.  Masukkan  gula pasir dan kacau untuk larutkan gula.
5.  Kecilkan api dan reneh sehingga sirap menjadi pekat.
6. Tutup api dan biarkan sejuk.
7. Tapis sirap untuk mengasingkan kelopak dan sirap.
8.  Tuang sirap roselle ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
9. Simpan kelopak untuk dibuat halwa.


*J
ika tidak mahu dibuat halwa boleh diblender kelopak roselle dan dimasukkan ke dalam sirap roselle.
*Jika tidak suka roselle diblender boleh juga hanya biarkan kelopak roselle di dalam sirap dan dibancuh sirap  bersama kelopaknya sekali.
Ini rajin sikit siap nak hiris2 buah rosellenya

Basuh bersih dan dimasukkan dalam periuk dan didihkan. Merah sudah airnya.

Masak sehingga pekat. 



Sambil-sambil  menunggu suami pulang dari menghantar anak ke sekolah untuk bersarapan sempat pula mahu memblender buah roselle .. TETAPI ...Tetiba sahaja blender tak bergerak!!! ahh ahh.. takan padam dah blender yang sungguh berjasa ini?  makanya.. jom malam ni buat halwa pula!



Halwa Roselle
Keringkan kelopak roselle hasil tapisan daripada sirap roselle

*pist.. biasa keringkan guna terik mentari. Ibu bekerja ni jika jemur tengah panas ada yg bertakung dek kena hujan.. kita masuk sahaja dalam oven.. Hehheeh.. Jgn terlebih suhu ya.. keras kejung nanti..



Dahulu ketika anak baru seorang.. ada juga membuat jem roselle sendiri. Taim rajin laaaa... Tapi sekarang ahh tak kuasa menghadap kuali lama-lama untuk membuat jem yang memerlukan kesabaran mengacau perlahan tahap  tertinggi. :)
Beli sajaaaaaaaaaa... Jem roselle dari FAMA baru rm2.99. :)





Thursday 10 October 2013

Custum Album Azrai & Dayang

Semoga Berbahagia Selamanya Azrai dan Dayang

Album ni lupa nak snap hasil akhir sebelum handover pada custumer.