eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Monday, 24 September 2012

Pop up drawing

Lukisan Pop up anak-anakku.. Ayra tukang lukis.. Aafia tukang warna.. lepas tuh bergaduh gak sbb adik warna tak lawa.. dsb.. pastu main semula... gaduhhh lagi... hai anak-anak..

Tapi ibu kagum gak.. sbb semasa kecil ibu  pandai melukis.. .. tapi takde terfikir nak buat 3D... anak-anak zaman sekarang... hehehe.. INi mereka buat sendiri.. Teacher Ibu tidak masuk campur.. :)



Puteri ditaman permainan ..


Putera ditaman permaianan

Hall di dalam rumah, ada TV, Sofa, remote control almari etc

Bilik mermaid

Bilik air ada buth tub sambil itik berenang-renang

Bilik happy birthday kata Ayra. Amboiii.. ada bilik khas utk berparty

Car park area


jemput masuk rumah saya :)



Bilik mermaid ..


Ini klinik.. sila masuk apabila dipangil. Bilik 3 bilik doktor.. bilik 1 pesakit ygs akit tuuu.. :

Ini beg dompet

Siapa ambil siappp!! bagus ada warning.







Monday, 10 September 2012

Deco kek untuk Anis Aqeela. Selamat Ulang Tahun!


Kek untuk Anis Aqeela  yang berumur setahun atau kek syiok sendiri ibu nih? hehehe..
..
Selepas hampir 5 bulan lepas belajar menghias kek, baru inilah ada masa untuk mencuba kemahiran yang dipelajari tempohari. Jika sebelumnya menghias kek untuk hari lahir suami, kali ini untuk anakku pula .. ( buat kek apabila ada sambutan hari lahir saja ya? ) :)  Peralatan menghias kek pon baru sahaja dibuka dari bungkusan. Serba baru!!  Semangat juga baru!

Menghias kek buat pertama kalinya..Biarpon belajar ketika itu tumpuan agak terganggu. Hilang fokus, hampir rasa membazir sahaja pergi belajar menghias kek kerana tumpuan entah kemana... Tetapi alhamdulillah sentuhan itu tetap ada. Cuma selepas ini kena lebih kerap berlatihlah untuk perhalusi seni hiasan kek ini. Hendaklah lebih berusahaaaa!!!



Anis Aqeela begitu fokus memotong kek yang dibantu kakak Ayra Adeena. Ayra pula terlebih interframe .. :)

10 September 2011 - Tarikh keramat lahirnya Anis Aqeela. Beratnya 3.61 kilo. Hari ini genap setahun anak ibu lahir ke dunia. Kehadiran sepupu-sepupu Anis seramai 16 orang begitu memeriahkan suasana. Permata hati ibu dan ayah yang disayangi. Sewaktu kecil, Anislah yang paling mudah dijaga. Tidak kerap menangis, sewaktu dalam pantang aman damai menjaganya. Mudah untuk ayah dan nanny mengasuhnya. Ibu juga boleh tidur dengan nyenyak diwaktu malam.

Pergerakannya juga pantas, cepat mengiring, cepat duduk, merangkak juga cepat. Merangkak tidak sempat mengotorkan seluar dilutut Anis sudah pandai berjalan. 8 bulan Anis sudah bertatih dan 9 bulan terus berjalan. Setahun sudah pandai turun tangga ...fuh bahaya-bahaya! Apa pon hebat sekali!

Sayangggggg sangat anak ibu nih. Dalam doa ibu.. sentiasa menyebut nama anak-anak ibu.. "Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat" "Amin Ya Rabbal alamin" 







Wednesday, 29 August 2012

Proton Preve Memang Hebat!



7 tahun Cik MAS Accent berjasa kepada Pn eRyn. 2 tahun terakhir agak meletihkan keluar masuk bengkel. Sarat mengandung pon kena tolak kereta lagi. Saya bukan jenis yang suka biar kereta rosak berada ditengah jalan dan menyusahkan pemandu-pemandu yang lain yang terpaksa menempuh kesesakan disebabkan keretaku. Tidak suka dimaki oleh pemandu yang lain! Sebab aku sendiri marah kalo kereta berada ditengah-tengah jalan apatah lagi pemandunya lelaki gagah.. tak reti-reti tolak kereta tuh ketepi! grrrrrrrrr... Tolakkkk ajalahhh..

10k juga duit dihabiskan membaiki itu dan ini selama 2 tahun itu.. ermm.. Sebab targetnya malas nak beli kereta baru. Pakai sahajalah sampai roboh kerana resale value Hyundey sangat teruk. Akan tetapi.. akhirnya Cik MAS tripel seven berubah wajah juga akhirnya. Dari Wira Aeroback berwarna biru, bertukar kepada Hyundey Accent Silver, dan terkini kepada Proton Preve putih. err.. PROTON? Ingatkan nak upgrade kepada kereta yang lebih hebat. :)

PREVE HEBATLAH!
Siapa kata kereta tempatan tak hebat? "Drive it To Believe It!"


Pada awalnya, impiannya kereta ini dan itu.. namun di atas faktor "second car" dan hanya membawa kereta ini pergi-pulang dari kerja serta ke tesko dan pasar sahaja maka dengan berat hati hamba bersetuju sahajalah.

Namun begitu agak mengejutkan juga kerana daku amat berpuas hati dengan kehebatan kereta ini. "Value for money"- murah dan setanding dengan kereta import yang harganya lebih mahal. Ciri-ciri yang ada pada Mitsubishi Pajero Sport cik abang pon tidak secanggih Preve taw... hehehheeh..harga pula lebih dari 2 kali ganda!

"PREVE memiliki beberapa aksesori moden seperti anti lock braking system, enjin dihidupkan dengan hanya menekan butang, 7 speed Protonic paddle shifters, electronic stability control, electronic brake distribution (EBD), auto rain sensor (pengesan hujan), auto light sensor (lampu hadapan nyala sendiri bila keadaan menjadi gelap).
Ia juga dilengkapi dengan screen sesentuh (touch screen), GPS dan sambungan internet 4G.
Mungkin ramai yang akan berkata semua itu adalah aksesori yang standard dan biasa ditemui dalam kereta Jepun atau Eropah, namun bila Proton mula memperkenalkan semuanya secara sekali gus dalam sebuah kereta yang dijanjikan hebat, maka ia memperlihatkan komitmen luar biasa syarikat berkenaan.
Seperti yang disebut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; “Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia."
*keratan artikel dari http://mynewshub.my/2012/04/06/proton-preve-memang-hebat/ 


PrevĂ© 1.6 CFE terasa berat dan stabil. Stabil pada kelajuan tinggi.  Ruang kabinnya luas dan bonetnya juga besar. Ditambah pula dengan kuasa dan ciri-ciri keselamatan yang ada, dilengkapi pula dengan empat 'air bag' (depan dan sisi), ia sangat sesuai untuk dijadikan kereta keluarga. Malangnya saya cuma menjadikan preve kereta pergi/balik kerja dan ke pasar sahaja. Suatu pembaziran pula kerana kereta ini hebat! Tidak berpeluang sangat untuk memecut laju dengan kuasa turbo yang ada kerana laluan NKVE yang dilalui setiap hari amatlah menyeksakan. Naik basikal pon lebih laju. :)  Mahu bercerita mengenai enjin pula tidak cukup ilmu didada. Mungkin lebih difahami disini. http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/04/05/preview-proton-preve/  ataupon ke blog kegemaran saya http://paultan.org/  dan sudah tentu antara yang terbaik http://star-motoring.com/ .

Built-in wifi yang disediakan di dalam Prevé dengan kerjasama Yes 4G. Sudah tentu menarik kerana percuma selama setahun. Coverage Yes 4G sepanjang lebuhraya Utara-Selatan sememangnya satu kelebihan yang sangat menarik untuk pengguna, lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai smartphone/tablet/ipad. Coverage di Setia Alam juga bagus, lebih bagus dari Celcom broadband sehingga hasrat untuk memasang Unify dirumah dilupakan terus.
Apapon kelengkapan yang simple yang disediakan oleh proton juga mengembirakan. Ya lah.. Tahun lepas kami membeli 4x4 baru dari Mitsubishi.. Tahun ini Proton. Apa yang disediakan oleh Proton lebih mengujakan. Proton Preve, alaminya sendiri.  Saya telah mengalaminya dan amat berpuas hati. Saya cuma sempat membuat perbandingan dengan Honda City dan saya memilih Preve kerana ciri-ciri yang hebat lebih memihak kepada Preve harga juga jauh lebih murah.

Jika ada sesiapa yang menimbang-nimbang untuk membeli kereta baru.. Cubalah Preve.. Drive it To Believe It"






Monday, 27 August 2012

Selamat Hari Raya .. Hasil seni menjelang raya..

Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca budiman. err..ada ke pembacanya? hehehehehe..

Bulan Ramadhan tidak banyak aktiviti kesenian yang dilakukan. Mahu menjahit baju, mesin jahitnya rosak. 2 kali hantar kedai untuk diperbaiki. Kos beli mesin jahit lama itu cuma rm150. Membaikinya rm85 + rm55 =  rm140. Ermm.. (bila nak dapat keizinan beli mesin jahit baru niiii? 2 tahun dah propose..  ) membazir agaknyer sbb tuh tak dapat izin.. yerlah.. menjahitnya setahun hanya sekali yer dok?  Jadi takut tak siap baju anak-anak sebelum raya, jahit cepat-cepat bila berkunjung ke rumah mertua...

Seminggu sebelum raya mesin jahit alhamdulillah dah siap baiki... tapi.... ah..langsir buat selepas rayalah... :)

Kueh raya buat sejenis sahaja. Lain-lain beli sahaja. Mudah dan ringkas. Lagipon zaman sekarang kurang sangat tetamu mahu makan kueh raya. Buat banyak-banyak membazir sahaja. Terkenang juga zaman bujang dulu. Jika membuat kueh raya paling tidak 4-5 adunan.  Sampai tertidur-tidur dihadapan oven bila membuat kueh melewati jam 2 pagi... :)

Nah.. saksikah kueh raya yang dibuat untuk mengembirakan hati anak-anak. Biskut Fancy Aiskrim. Sedap & ringkas.


Biskut Fancy Aiskrim


Kami sedang membuat kueh raya... bersemangat nak raya dua anak dara comel..

Ini hasilnya kueh raya kami...Biskut Fancy Aiskrim... Sedap tau... ibu tolong buat garis-garis tuh ajeee.. Aafia kata ibu buat tak cantik sbb ibu buat senget-senget... kena buat tegak-tegak baru cantik katanya... Iyalah sayanggg... hehehehe..



Donut Raya

Kire kueh raya gak nih udah dibuat semasa raya... :)
Donut Deco by Ayra Adeena. Teacher Ibu buatkan donutnya saja. :)


Ketupat Palas Gajah


Kesenian membuat Ketupat Palas Gajah. Makan sebijik kenyang 2 hari,.

Ini siapalah mengajor buat ketupat segabak-gabaknyer nih... Cepat siap...cepat leh rehat!

Shah Alam - Raya bermula seminggu lewat.

Setelah kenyang makan pelbagai resepi ketupat (ketupat palas, ketupat nasi, burasak, lemang, ketupat pulut daun pisang) di kampung... Tiba saatnya untuk beraya ke kotaraya pula.... Perghh.. Berayalah sangat, kemas rumah pon belum. :)  Mesin jahit telah diperbaiki..maka cargaslah saya menyiapkan langsir. Buat pattern yang paling simple sahaja. Paling cepat siap kekdahnya. Sambil2 tengok Transformers, siaplah langsirku! Namun..setelah siap.. Yang mana simple itu nak ditambah-tambahkan dgn accessory la pula...jgn jadi semak sudah!  Ish.. jika tiada unsur geli-geli, bukan eRyn namanya... :)


Sehingga artikel ini ditaip.. langir simple ini masih dijiwa kacau oleh perekanya.. nak tarok bunga ke tidak? hehehehe...
rasanya bunga tuh akan diletakkan di tie back. Kurang menyerlah pula gambar jauh bunga geli-geliku ini. hahhaa..

Apa akan jadi pada langsir ini? Bunganya akan diletak di mana? atau akan dibuang begitu sahaja? ...silalah datang beraya ke teratak Rindu Alam untuk mengetahui lebih lanjut.. Hahahhaa.. Poyo ja.. :)





.

Thursday, 16 August 2012

Rezeki di bulan Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan bulan mulia. Selain mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka, dapat juga rezeki membuat fotobook untuk badan corporat. Rezeki mendapat kereta baru. PREVE! (Drive it to believe it). (akan diceritakan di next entry) Dapat juga masuk majalah REZEKI! rezeki sungguh! Walaupon fokus utama artikel adalah aktiviti suamiku, dapat interframe jadilah. :)


Dapatkan majalah Rezeki dipasaran sekarang!
Terdapat di MPH dan juga digerai mamak berhampiran anda.


Sime Darby plantation fotobook



Rezeki reprint fotobook Bromo-Semeru-Penanjakan

Wednesday, 15 August 2012

Deco bilik anak-anak dara


Bukan mudah untuk membuat anak-anak berpindah dari kamar beradu ibu dan bapa mereka. Bilik hias cantik-cantik baru mereka gembira dan ceria. Ini hasilnya.. Ada juga yang bertanya untuk mengupahku deco bilik anak-anak mereka. ERmm.. tak pasti pula bersediakah mahu menjadi interior designer pula? hahaha.. berangan!
Sekarang bilik ini sudah jadi bilik mainan anak-anak.


Bilik dua orang anak dara comel

Bilik ini dah jadi bilik buat craft dan juga bilik mainan anak-anak.
 
 

Fotobook : Tersimpan kenangan abadi.

Bergambar adalah menjadi satu kegilaan semenjak memiliki kamera semasa berada di IPT. Sitiap kali aktiviti tidak kurang 4 roll filem akan dihabiskan. Kerapkali juga membeli filem didalam kuantiti yang besar untuk mendapat harga yang murah. Semasa bergelar siswi lagi telah menetapkan keazaman, ketika aku berkahwin nanti, mahu bergambar tidak kurang daripada 30 roll! fuh! banyak tu! Azam tetap azam dan saya benar-benar realisasikannya. :) 30 roll filem kamera peribadi tidak termasuk photographer yang diupah. Photographer yang diupah ketika itu adalah Ted Adnan. Ketika ini kamera digital baru sahaja bermula. KOs keseluruhan ketika itu ( tahun 2003) lebih kurang 4ribu termasuk bergambar distudio. Ada 11 biji album kahwin yang besar dirumah. Tengoklah sampai muntah. hehehehe.

Sekarang, era kamera digital. Tiada lagi kos print gambar. Memang menjimatkan! Tetapi lama kelamaan tiada  kepuasan dijiwa kerana tiadanya "hardcopy" foto-foto kenangan untuk dipegang dan dilihat. Tiap kali mahu melihat rentetan peristiwa lalu, terpaksa pula membuka komputer.

FOTOBOOK adalah penyelesaiannya!
Selain kos yang murah, ianya juga lebih menarik kerana berbentuk buku dengan kualiti yang baik. Foto sepanjang tahun boleh kita abadikan di dalam sebiji fotobook. Gambar-gambar perkembangan anak-anak, gambar-gambar XPDC, melancong dan sebagainya. Hanya gambar yang terbaik yang dipilih. Sebagai seorang designer tentunya satu kelebihan untuk saya kerana lebih mudah untuk melakukannya. Anda berminat memiliki fotobook koleksi gambar-gambar peribadi anda?
HUBUNGI SAYA!











Friday, 3 August 2012

Seni Masakan - test letak gambar