Tuesday, 24 September 2013

Tesco Online Shopping!!! Mudah dan ringkas!




71% rakyat Malaysia habiskan masa hujung minggu di Hypermarket?

OH AKU TIDAK MAHU BERADA DI DALAM STATISTIK ITU! 



KENAPA TESCO? 
Kerana rumah I dan Tesco hanya berjarak 3 minit perjalanan sahaja kata pakcik Goggle!  Bagi kawan-kawan yang biasa datang rumahku.. memang tahulah jarak Tesco hanya sekangkang kera sahaja dari rumah. Jalan kaki pon dulu-dulu  tak sempat nak berpeluh gitu. Tapi sejak jadi community berpagar ni kena memusing jauh senyum-senyum dengan pak guard dahulu baru sampai Tesco. Tak kuasa mak nak jalan kaki tawww.. Selain Tesco, Giant pula berjarak 3.5km sahaja dari rumah.  Seberang Tesco aje. NSK Meru pula 5km dan Aeon BIG pula 8km sahaja. Pilih sahaja mana suka. Pilihannya sudah pasti Tesco.  Kerana I Duta Tesco! :)

Duta Tesco yang rumahnya hanya sebelah Tesco mahu lebih menjimatkan masa lagi dengan SHOPPING ONLINE!


SHOP ONLINE. WE DELIVER katanya.   

1. Register dan login di dalam website Tesco http://www.tesco.com.my/.


2. WAJIB dilakukan ialah memeriksa kawasan perumahan kita termasuk di dalam zon penghantaran Tesco. Bila dah confirm, maka bolehlah memulakan operasi membeli barangan dapur untuk stok sebulan. Yahoo!


Pilih barangan  satu-persatu.. lecey? ah lama-lama ok jer..

Pilih-pilih nak beli apa ya? Biasanya kita dah tahu brand apa yang kita biasa beli. Di sini kita boleh terus select brand yg dikita mahu dan pilihannya akan dikecilkan  berbanding perlu scroll satu persatu. Jika kita mahu memilih harga termurah pula, ada pilihan yang diberi untuk memilih dari product termurah pula. Kalo malas mahu  menghadap monitor berterusan, shopping sahaja dilain hari dan ianya auto save list shopping kita. 

Kali pertama tempohari  seminggu jugalah daku memilih sekejap2 tambah itu dan ini. Bila teringat eh pempes dan susu dah habis! Buka lagi tesco online dan tambah pempes dan susu pula... pastu malas biorlah dahulu. Esok pula teringat .. ermm nak buat kek! tambah pula bahan-bahan buat kek sambil goggle resepinya dan tambah bahan-bahan kek di dalam shopping cart. Ini sangat sehsuai untuk plan barangan dapur selama sebulan, Jika stok susu habis untuk malam ini baru nak online shopping. Memang tak dapeklah! Kerana kita kena pilih time slot yang kosong pada keesokkan harinya.



 Penghantaran dibuat sehingga ke depan pintu rumah. Terbaik! Awak teruja.. awak pulak yg pergi kat lori..
Ini partion khas untuk barangan frozen.

Ler.. ini je barangnya yang aku shopping? kata baru nak test.... :)

Bertuahnya badan ada orang tolong bayarkan.. heheheh... Kredit card @ Debit card sahaja ya!


Hasil karya selepas shopping online!

Heheheh.. Fokos disini bukan nasi goreng ntah pe pe tu..tapi PETAInya! cantikkan petainya? haaa..murah ajek tak sampai rm3 harganya. Cantik dan gemok-gemok pulak petai tesco ni.. Kalo kat pasar RM5 taw! 
Cantikkan Petai ni? 
Betul gak teori kalo shopping online nih depa bagi hat yg baik-baik jer takut direject custumer. Nanti kita try kali ke2. Malas ler weekday malam @ hujung minggu je nak lari-lari ke Tesco.. kejap2 pon mau 2 jam juga masa dihabiskan.. Shopping Online memang menjimatkan masa dan tenaga. Tapi yang paling best. Kita ingatkan Tesco tuh dekat sahaja jadi rumah kita yang dekat ni lori akan sampai dululah.. rupa-rupanya jauhhhhhhhhhhhhhh lori Tesco ini datang dari Tesco Bukit Tinggi Klang! hahahhaha.. Tesco sebelah rumah belum ada online delivery lagi... lerrrrrrrrrr gitu ceritanyaaaa...  Sekiannnn.








0 comments:

Post a Comment