Tuesday, 17 September 2013

Selamat Hari Raya Zulkaedah :)

Aku tak pernah suka biskut dahlia ataw adik beradiknya biskut samprit  yg tak lawa tu. Hehe
Tapi leh terbikin lak.. sebabnya Ayra suka.
  
Hari raya beraya di rumah orang, kueh dahlia dicari dahulu. Heran pulak.. apaa laaa yg sedap biskut dahlia ni. Aku pon try 1.. try 2.. try 3.. eh sedap la pulokkkkkk... ajaibnyeee... lol
Dulu2 kueh wajib adalah marmar charies, tart, biskut arab dan almond london. Sekarang hanya tart yang masih kekal di dalam list wajib. Yang lain sudah tak mandang. Sekarang list wajib kueh raya asam-asam.. ler.. apa tebiat la pulak. Abang adik pon suka asam kekdahnya. :)

Goggle resepi, mudah aja.. dalam mudah saja ramai juga orang buat tak jadi ya..kembang.. meleper dan sebagainya.. cer kita buat jadi ke idok. Resepi copy paste dari Mat Gebunya bloq.
  
Jadi ke idok ni? kembang tak bunganya? Yang penting Ayra kata sedap sangat ..ehem..

Biskut Dahlia Rindu Alam
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) 
140 g gula aising
 2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

 

kami yang buat tawww
Sebelum bakar. tak comel pon.. semprot sempritkan sekali ajek tak kuasa nak ejas bagi bunganya lawa. nak maghrib dah ni..hohohoho..




Aafia tanya, "Kenapa ibu buat biskut banyak-banyak ni? Sebab anak ibu suka? " Dia tanya dia jawab.
"Anak ibu kan suka makan biskut balik dari sekolah kudap-kudap. Ibu balik kerja lambat, nak masak lagi anak ibu cepat lapar makanlah biskut dulu, dari ibu beli biskut kat tesco, baik ibu buat sendiri biskut. Lebih sedapkan?" :)

Ada lagi list kueh raya bulan Zulkaedah ni.. hahahaa.. tapi coklat chip putihnya dah habis diratah anak. Camne? 

 

Reactions:

2 comments: