eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Monday, 30 September 2013

Mermaid Cake - Ayra Adeena

Hajatnya ibu besar.. Nak buat Princess doll cake walaupon ibu takde acuan utk buat cake yang berbentuk skirt. Takpelah kita buat kek 3 biji, nanti potonglah dan bentuk serupa skirt. Begitulah plan awalnya. Tapi kek makan panas2 mmg sedap.. Bikin-bikin makan.. makan.. aiseh.. bahan dah tak cukup bikin doll kita tukar ajeklah jadi cake lain. 

Tapi pagi dek bisi yg entah hapa-hapa.. petang ibu mertua pon dtg menjenguk anak menantu... terbengkalai pula deco kek seharian... Fondant tak tutup proper.. mengeras pulak.. dah la awak first taim pegang fondant... leeee.. lantok...

Biasa org deco kek berapa lama ek? Ini hantam nak cepat punya kek.. Ibu mertua pulang baru terhegeh-hegeh nak deco. jam dah pukul 3.30 ptg.. anak-anak dah bertanya.. bila nak potong kek? lewat petang lebih kol 3 baru gatei deco.. sebelum solat maghrib siappp! hahhhaa.. balun jerlah teknik senang tayah nak detail-detail sangat. Terus mermaid jadi gemuk.. hehehheheeee..susah gak la nak layan mengkaler fondant dan buttercream nih sekaligus..pes taim lak tu.. nak buat cepat siap lak tuuu.. asal boley sudey.. lain kali kita buat comei-comei yer nak..

Coklat cake dilapiskan dengan peanut butter..Buttercream pon ada sikit aje, nak salut cake pon tak cukup ..  Balance2 kek dibuat batu-batu atas kek.. Hoh! cepat siap kek aku tayah pening2 buat dekorasi dalam laut... hhahahhaa...



Mermaid yang gemok. 

Pakai baju dalam aje. Short cut. :)

merekah fondant dibueknya... nanti lain kali study yek jgn main terjun je.. :)


makan nasi dulu.. baru makan cake yer nakkk... :)

Sayang-sayang ibuuuuu..



Tuesday, 24 September 2013

Tesco Online Shopping!!! Mudah dan ringkas!




71% rakyat Malaysia habiskan masa hujung minggu di Hypermarket?

OH AKU TIDAK MAHU BERADA DI DALAM STATISTIK ITU! 



KENAPA TESCO? 
Kerana rumah I dan Tesco hanya berjarak 3 minit perjalanan sahaja kata pakcik Goggle!  Bagi kawan-kawan yang biasa datang rumahku.. memang tahulah jarak Tesco hanya sekangkang kera sahaja dari rumah. Jalan kaki pon dulu-dulu  tak sempat nak berpeluh gitu. Tapi sejak jadi community berpagar ni kena memusing jauh senyum-senyum dengan pak guard dahulu baru sampai Tesco. Tak kuasa mak nak jalan kaki tawww.. Selain Tesco, Giant pula berjarak 3.5km sahaja dari rumah.  Seberang Tesco aje. NSK Meru pula 5km dan Aeon BIG pula 8km sahaja. Pilih sahaja mana suka. Pilihannya sudah pasti Tesco.  Kerana I Duta Tesco! :)

Duta Tesco yang rumahnya hanya sebelah Tesco mahu lebih menjimatkan masa lagi dengan SHOPPING ONLINE!


SHOP ONLINE. WE DELIVER katanya.   

1. Register dan login di dalam website Tesco http://www.tesco.com.my/.


2. WAJIB dilakukan ialah memeriksa kawasan perumahan kita termasuk di dalam zon penghantaran Tesco. Bila dah confirm, maka bolehlah memulakan operasi membeli barangan dapur untuk stok sebulan. Yahoo!


Pilih barangan  satu-persatu.. lecey? ah lama-lama ok jer..

Pilih-pilih nak beli apa ya? Biasanya kita dah tahu brand apa yang kita biasa beli. Di sini kita boleh terus select brand yg dikita mahu dan pilihannya akan dikecilkan  berbanding perlu scroll satu persatu. Jika kita mahu memilih harga termurah pula, ada pilihan yang diberi untuk memilih dari product termurah pula. Kalo malas mahu  menghadap monitor berterusan, shopping sahaja dilain hari dan ianya auto save list shopping kita. 

Kali pertama tempohari  seminggu jugalah daku memilih sekejap2 tambah itu dan ini. Bila teringat eh pempes dan susu dah habis! Buka lagi tesco online dan tambah pempes dan susu pula... pastu malas biorlah dahulu. Esok pula teringat .. ermm nak buat kek! tambah pula bahan-bahan buat kek sambil goggle resepinya dan tambah bahan-bahan kek di dalam shopping cart. Ini sangat sehsuai untuk plan barangan dapur selama sebulan, Jika stok susu habis untuk malam ini baru nak online shopping. Memang tak dapeklah! Kerana kita kena pilih time slot yang kosong pada keesokkan harinya.



 Penghantaran dibuat sehingga ke depan pintu rumah. Terbaik! Awak teruja.. awak pulak yg pergi kat lori..
Ini partion khas untuk barangan frozen.

Ler.. ini je barangnya yang aku shopping? kata baru nak test.... :)

Bertuahnya badan ada orang tolong bayarkan.. heheheh... Kredit card @ Debit card sahaja ya!


Hasil karya selepas shopping online!

Heheheh.. Fokos disini bukan nasi goreng ntah pe pe tu..tapi PETAInya! cantikkan petainya? haaa..murah ajek tak sampai rm3 harganya. Cantik dan gemok-gemok pulak petai tesco ni.. Kalo kat pasar RM5 taw! 
Cantikkan Petai ni? 
Betul gak teori kalo shopping online nih depa bagi hat yg baik-baik jer takut direject custumer. Nanti kita try kali ke2. Malas ler weekday malam @ hujung minggu je nak lari-lari ke Tesco.. kejap2 pon mau 2 jam juga masa dihabiskan.. Shopping Online memang menjimatkan masa dan tenaga. Tapi yang paling best. Kita ingatkan Tesco tuh dekat sahaja jadi rumah kita yang dekat ni lori akan sampai dululah.. rupa-rupanya jauhhhhhhhhhhhhhh lori Tesco ini datang dari Tesco Bukit Tinggi Klang! hahahhaha.. Tesco sebelah rumah belum ada online delivery lagi... lerrrrrrrrrr gitu ceritanyaaaa...  Sekiannnn.








Monday, 23 September 2013

Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor



Hari raya tempohari kami sekeluarga menziarahi seorang sahabat lama di Putrajaya. Suriawati namanya. Macam-macam yang kami borakkan sehinggalah kepada membeli belah barangan keperluan. Suria kerap lalu Setia Alam untuk membeli barangan basah di Pasar Pasir Penambang. 2 bulan sekali katanya!

Wah! daku yang tinggal di Setia Alam pon tak pernah pergi Pasar Pasir Penambang nih! Sekian lama hanya mendengar cerita-cerita keBESTan pasar ini tapi ku buat nohe sahaja tak berminat nak pergi. Jauhhhh bebenor tuuuu Kuala Selangor!! Tapi apabila orang Putrajaya sanggup memandu ke Pasir Penambang untuk beli stok ikan dan udang, takan aku orang Setia Alam yang lebih hampir ini tak pernah pergi? erkkkk!!!


Jalan-jalan cari pasar.
Maka bermulalah keterujaan nak pergi ke Kuala Selangor ini. Kebetulan pula ada kenduri kahwin Guru Taska Aafia Amra di Tanjung Karang. Sambil menyelam minum airlah. Bila goggle di Goggle map ianya berjarak  56.6km dan akan mengambil masa selama 58minit... uiii nasib baik nak g kenduri kawen, kalo semata-mata nak g pasar untuk harungi 57km... errrr.. tak sanggup mak!!! Kalo dah anak 6 dan memerlukan berkilo-kilo ikan, ayam dsb selama semingguuu... haaaa.. itu mungkin akan lain jalan ceritanya.

Pemandangan indah sebelum sampai ke majlis perkahwinan Teacher Fara.

Aku cukup suka g kenduri perkahwinan di luar bandar. Confirm takde ayam masak merah, .. kikikik... lauk sedap.. lauk kampung2 gituuu.. layannnnn.. dah kenyang baru kita singgah menikmati kewangian Pasar basah yer.. haaa.. dah sensiang pakai kebaya dengan seluar jeans gitu..  :)


Alamakk.. terus teruja nak bikin Spaghetti alle Vongole gituu..  tapi laterlah..


Aneka ketam pelbagai saiz.

Adeena kata.. "dah lama kita tak makan ketam"
ok ibu beli ketam hari ni, tapi seramnya ketam besar-besar sangat ..mau pegang seketul pon hampir sekilo nokkk.. so aku piley yg sederhana besar sahaja.  3 ekor  pon dah sekilo lebih. Jadilah.. tayah beli banyak2.



pelbagai saiz.. tapi akhirnya dia kasi rm40 sekilo dr semua tray dia kasi.. alamakk.. saya nak pilih sendiri!!!

Kesimpulan.

Menarik! Tertarik! pasarnya memang da Boommm!

Tapiiii...
ada saja tapinya... hehheheh.. takde jual ayam, daging ketika itu.. ada juga jual ayam kata sahabatku Kak Ina.. kejap ada, kejap takde dan harga agak mahal... sayur sedikit sahaja kurang pilihan. Jadi lecey juga tak boleh membeli belah all in one.
Sekali sekala nak makan udang besar.. ketam besar.. ikan besarrr dan fresh.. oklah datang sini. Semua segar-segar macam makan ikan hidup gituuu... gituuuuuu.. Ikan pon uii.. ikan hebat-hebatlah sampai sini takmolah beli ikan kembung. Ikan selar pon segabak besarnya. Ikan Chinahak pon ada! 

"Ikan apa nih tauke?" besarnyaaaa... kataku.
" Ikan Chinahakkkkk ! "  "ooOOooooo.."

aku OOoookan sahaja... Popular dikalangan orang Cina laaaa kut... desisku dalam hati... tapii.. ada ke nama ikan Chinahak?

"err.. Ikan Jenahak ka tauke?" tanyaku.
"yaaa.. ikan Chinahak..." jawab tauke..

ler... gasak ko ler tauke.. Jenahak.. Chinahak..ikan yang sama.. hahahhhaa.. gegara ikan Chinahak.. aku terperangkap beli ikan Chinahak 4.5 kilo... (kepala + isi ) hahahaha.. bapok besar kepala ikan ni mujur tang isi dapat 3 kelar kau.. kire hampir separuhlah dikerat ikannya bukan kepala semata-mata. Pada asal rm67 untuk 4.5 kilo. Aku buat derk.. nak rm40 jek utk 4.5 kilo.. tup2 dapat la pulak.. cis.. awat tak sebut rm30 tadi... tawar2 dah dapat takan nak tolak pulak... Amik ajeklah.. Bikin kari kepala ikan Chinahak sedap ni..murah dah tuuuu sebab sekilo rm20. Tang ekor RM22 ..

tapi nak g selalu untuk makan ahli keluarga yg comel macam kami ni.. Idok kutt.. jauh bebenooo.. sejam lebih nak sampai tuuu... traffic light pon banyak, taim musim cuti, kenderaan pon banyak.. letih ahh.. harga boley tahan je.. masih boleh dapat harga sebegitu di pasar basah Klang yang berjarak 5km sahaja dari rumah... cuma pasar Klang kenkadang dapat segar bangat.. kenkadang biasa-biasa sahaja.



Hasil karya selepas pulang dari pasar.


Nasi beriani Udang. beli udang wajib masak Beriani Udang wooo...


Ketam Goreng Oat dengan daun kari... miammm...

Cik abang kalo udang besar-besar, ketam bagai nih dia suka goreng sahaja berbanding dikuahkan. Nak extra specal kita goreng spesiallah. Nestum takde kita gati sahaja dengan oat... Uiii sedap.. menikmati hidangan ketam ini makan dengan tenang diwaktu senggang hari minggu.


Yang bestnya, keesokkan hari setelah membeli belah dengan "hebat" di Pasar Pasir Penambang. Buleh pula daku termenung nak masak apa sarapan pagi ini tiada "perencah" yang sehsuai. Abis dah beli ikan gabak-gabak, jenahak, bawal, kerapu bagai.. udang beli yg besar-besar.. ketam bagai.. takan nak bubuh udang sekilo rm40 dalam bihun goreng? miahahhaha..dasar kedekut. So kita bikin bihun goreng telur sajaaaaaaaa....  hahahhaa... dasarrrrrrrrrrrrr.....



Terasa nak bikin udang goreng tepunglah malam ni.












Tuesday, 17 September 2013

Selamat Hari Raya Zulkaedah :)

Aku tak pernah suka biskut dahlia ataw adik beradiknya biskut samprit  yg tak lawa tu. Hehe
Tapi leh terbikin lak.. sebabnya Ayra suka.
  
Hari raya beraya di rumah orang, kueh dahlia dicari dahulu. Heran pulak.. apaa laaa yg sedap biskut dahlia ni. Aku pon try 1.. try 2.. try 3.. eh sedap la pulokkkkkk... ajaibnyeee... lol
Dulu2 kueh wajib adalah marmar charies, tart, biskut arab dan almond london. Sekarang hanya tart yang masih kekal di dalam list wajib. Yang lain sudah tak mandang. Sekarang list wajib kueh raya asam-asam.. ler.. apa tebiat la pulak. Abang adik pon suka asam kekdahnya. :)

Goggle resepi, mudah aja.. dalam mudah saja ramai juga orang buat tak jadi ya..kembang.. meleper dan sebagainya.. cer kita buat jadi ke idok. Resepi copy paste dari Mat Gebunya bloq.
  
Jadi ke idok ni? kembang tak bunganya? Yang penting Ayra kata sedap sangat ..ehem..

Biskut Dahlia Rindu Alam
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) 
140 g gula aising
 2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

 

kami yang buat tawww
Sebelum bakar. tak comel pon.. semprot sempritkan sekali ajek tak kuasa nak ejas bagi bunganya lawa. nak maghrib dah ni..hohohoho..




Aafia tanya, "Kenapa ibu buat biskut banyak-banyak ni? Sebab anak ibu suka? " Dia tanya dia jawab.
"Anak ibu kan suka makan biskut balik dari sekolah kudap-kudap. Ibu balik kerja lambat, nak masak lagi anak ibu cepat lapar makanlah biskut dulu, dari ibu beli biskut kat tesco, baik ibu buat sendiri biskut. Lebih sedapkan?" :)

Ada lagi list kueh raya bulan Zulkaedah ni.. hahahaa.. tapi coklat chip putihnya dah habis diratah anak. Camne? 

 

Monday, 16 September 2013

Selamat Ulang Tahun Anis Aqeela

10 september. 

Genap Anis berusia 2 tahun. Cepat perkembangannya.. dlm pantang dah ngiring eh eh.. 2 bulan dah terlangkop.. 4 bulan dah ngesot.. 6 bulan nak merangkak dok menari je buntut.. tapi tak merangkak pon dok memanjat saja. Tangga pon dipanjat.. 8 bulan makin lasak kita halang tangga dengan sofa pon berjaya panjat sofa untuk pergi memanjat tangga! Bertatih tatih suda dan 9 bulan dah boleh berjalan!

Anis tak merangkak sangat. Lutut seluar tak sempat kotor cuci rumah mcm kakak2nya. Masuk dalam walker pon seminggu je kut.. sibuk meloloskan diri takmo duduk dalam tu.

2 tahun mulut dan lajoo.. vocab dah banyak... dah paham arahan dan bagi tahu ibu ayah apa yg dia nak dan tak nak. Dah pandai sebut 1 - 10 dalam bahasa pelatnye.. hehehehe... Tapi hari ini Anis demam. Sedeyyy ibu.. Dedar-dedar kata orang. Pergi klinik, makan ubat. Esoknya sihat. Maka ibu pergi kerja. Malamnya panas kembali. Esoknya ibu EL. Sepanjang siang nak melekappp ngan ibu saja. Petang beransur baik.. malam tak tidur ibu monitor suhu badannya. Nampak ok.. demam dah takde pergi kerja kembali. Petang dapat sms dari cikgu demam anis 38.8°
Balik cecepat dan jalan kaki amik anis dgn high hill 5 inci tuh hohoho sib baik tak terpelecok dukung anak jalan jauh adoii.. masa ni la kereta masuk bengkelkannn... dugaan.

Cuti teruslah ibu jaga Anis. G spital. Cek darah. Cek denggi. Alhamdulilah takde denggi tapi kena warderd. Serangan asma juga teruk. First time lak ni doktor sahkan. Tapi ward penuh boleh? Jam dah hampir 2 pagi... adehhh.. dugaann... anak ibu kuat cam ibukan? :)

Alhamdulilah beransur pulih. Medication 3 minggu. Seksa nak kasi ubat kat anis ni. Nampak ibu pegang ubat dia dah lari naik tangga atas.."anakkk batttt ..anak batt"  (tanak ubat) sambil goyang2 tangan tanda takmo. Ayah ada senang sikit kasi ubat.. makan pujuk, dengan ibu mengada extra.
Demam.. ayah tak jadi g naik gunung. Gagahkan juga buat kek memalam buta. Esoknya hias kek. Ayah g kenduri sepupu dengan kakak2 di Kajang. Anis duduk rumah ajalah dah tak sihat.

Kakak dah sibuk pasal hias kek. Ermmm.. kakak takde ibu hiaslah. Kurang gangguan. Iye kurang? Anis ni adaaaa dok buat kecah.. hahaha..meh sesama bikin kecahhh...

Timbang2 bahan.. lor tak  pula buttercream pula nak deco cantik-cantik seperti kek Anis umur 1 tahun.  Krimwell beli 250gram je. Tapi bila timbang cuma ada 235gram... tolak 10gram berat tipuware tinggal berapa je lor.. awat la peniaga ni jual camni. :) Bila diadun buttercream pon sekadar ngam2 balut kek jer.. dan bikin nombor skek... boleylaaa.. kita balut je la ngan coklat parut. Buttercream pon lembut na mencair.. apsal ni cuaca panaskah? Terlebih pukulkah? Bahana deco kek setahun 2-3 kali yer.. :)  banyak tu 2-3 kali.. hahahah

Alamak.. tak cun buttercream lembut cair.. adehh

 
Siap dah... boley la.. dimata anak-anak cantik cukup. :)

 
Minum petang bersama-sama
Tekak tak sedap, seharian tak makan. air takmo, susu takmo, suap kek mujur nganga.
Cepat sembuh sayang.. makan lebih sikit yaaaa...
 



Monday, 9 September 2013

Reprint Trans Aceh Medan

Trans Aceh Medan antara fotobook terawal yang dikeluarkan oleh eRynDesign. Tahun 2009. 
Kos pengeluaran ketika ini lebih mahal jadi untuk penjimatan ketika ini lebih banyak buat softcover sahaja dengan erti kata lain kulit buku yang lebih nipis dan lembut.

Ilmu pon kurang, belakang fotobook pon kosong sahaja. :)


hitam itu menawan. kosong..kosong..kosong..

2013, ada permintaan untuk reprint fotobook ini. Kerana salah orang sahabat kehilangan external hardisknya. Jadi hilang segala koleksi gambar-gambar XPDC sekali. Alang-alang reprint, kita promosi sekali jika ada para sahabat yang berminat. Alhamdulillah sambutan mengalakkan. 

Bila reprint sepatutnya cepatlah siap betul tak? tapi sebenarnya lagi leceh! Tahun 2009 print di syarikat A, 2013 di syarikat C pula.  Ini disebabkan atas aktor kualiti buku. Print kat syarikat lain, lain pula saiz standartnya. Bila dah lain saiz, maksudnya tukar keseluruhan buku dibuatnya! Fuh! berpeluh dan ber'cinta" juga nak membueknya!  keseluruhan buku/gambar diedit/ditukarlah katakan...


fotobook yang sama tapi banyak beza :)

2009 - soft cover, 2013 -hard cover 



Yeah siap sudah versi 2013. 
Cover belakang fotobook.




Jika suka bagitahu kawan, tak suka bagitahu saya.. :)

Terima kasih.



DIY Tudung Chifon Halfmoon

Apa khabar semua? Mood raya lagi ke?  Mood raya haji tak lama lagi. Sebenarnya dah lama dalam draf posting nih masa Ramadhan lagi tapi tak publish pon sampai habis Syawal sudey..

Mood raya berkurangan dengan peningkatan usia. Persiapan ala kadar sahaja. Ala kadar pon banyak juga belanja bila dikira-kira. Jadi yang mana kita boleh kurangkan berjimat, kita jimatlah. Salah satunya tudung, langsir, bikin sendiri sahajalah yer.
Baju raya anak-anak, suami dan diri sendiri sudah diselesaikan sebelum ramadhan menjelang lagi. Memudahkan. Letih menguak orang bila membeli belah di bulan puasa ni. Tak berdaya dibuatnya! Shopping lagi penat dari naik gunung! fuh!

Menyogo baju 3 anak dare sebelum ramadhan. Terima kasih incik SOGO! jarang soping ..sekali soping pepaham je le...


Belanja agak besar membeli baju raya anak-anak.. Belum baju ibu anak yg ada 12 pasang.. erkk.. (kosongkan rak kain yang dah kumpul banyak tahun kekdahnya!!!) incik suami dah tanya, kain yang abang belikan tahun 2009 bila nak jahit? hehehe... ye ye.. nak jahitlah ni......sekaligus jahit, banyaklah belanjanya... so kena jimat tang lain ni.. Nampaknya budget tudung dah lari ni.. kena buat sendirilah gamaknya...

Nih antara kain chiffon yang sempat dibeli ...

kain chiffon from jackel trading.  12 henget semeter salelah sangat katanya. ( takde maknanya taim tak sale pon gitu gak regenya ) Tak sempat beli byk warna dek mahu jemput anak pulang dr sekolah.. oh.. jadiklah dpt beberapa helai saje...
Seksa nak memotong kain, ada saja kaki kecik berlari-lari atas kain nu... tangkap kasi geget itu kaki...
Ukur tudung secukup rasa, lebih baik jika ada sample tudung sedia ada. Leh main tekap jek ukur.

Ukuran terpulang pada kita.. bagi yang suka Shawl panjang dan labuh, kain kena lebih kurang2 1.8meter. Saya banyak beli 1 meter sahaja. Dpt 2 keping shawl pendek. Dasar jimat. Nak buat double layer kain kena lebih dan boleh mix n match warna. 


berapa helai dapat dah ni... 

pastu g jahit tepi. gedik2 ditepinya tuh..
Bolehlah dicantum dan jahit comel-comel mencantum 2 keping shawl.



Nak comel lagi leh tarok reben-reben, manik atau lace secukup rasa.


Siap dah.. nih kire habis comei arr nih mak anak 3 nih.. :)