Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Nurse, Hari Guru .. sekian byk hari-hari yang istimewa. Hari istimewa dirayakan dengan istimewa untuk mereka yang istimewa.
Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,
Terima kasih cikgu.
Anak: "Ibuuuu... Esok hari guru Adeena dan Aafia nak kasi teacher hadiah... "
Ibu : "Tak sempatlah sayangg.. ibu banyak kerja nih, raya nantilah ibu kasi hadiah sekaligus terus hadiah hari guru dan hadiah raya mau? "
*Sorang mulut sudah moncong sedepa.. sorang lagi ratu air mata dan mula nak drama..
Ibu : "Tak sempatlah sayangg.. ibu banyak kerja nih, raya nantilah ibu kasi hadiah sekaligus terus hadiah hari guru dan hadiah raya mau? "
*Sorang mulut sudah moncong sedepa.. sorang lagi ratu air mata dan mula nak drama..
Ibu: Ok! Ok! Jom g kedai beli hadiah!! erm.. meloncat semuanya.
arghh.. jam sudah menunjukkan 8.30 malam. Shopping-shopping apa yang ada.. Sekarang shopping amat memenatkan.. Kerana dulu kakak memang tidak banyak kerenah, ikut aja cakap ibu.. Takde istilah buat hal masa shopping. Adik kecik depaa...wah..wahh..wah.. mula tunjuk taring. Sangat pandai merajuk nak beli barang tak dapat pusing2 badan tanak jalannn.. bukak kasut dan mula nak bergolek dilantai...tak takut kena tinggal lak tu.. hadoi.. berdukung sokmolah gamaknya .... jem... jem.. jem...
Puas ronda gaklah nak bagi apa.. cikgu yang disenaraikan ada 15 org. Rembat ajalah apa yg ada depan mata... Belik punya belik eh senang jek buat benda nih buat sendiri pakai belen kain baru berapa kosnya.. bila jual amboimakkk... amboi.. bila pulak nak jait tuhhh.. pilih punya pilih ini hasilnya..kikikikkii... Oh untuk cikgu lelaki takde lam gambar.. hahaha.. segan nak tunjuk.. *wink
Jadilah sebagai tanda ingatan.. Nanti raya nak kasi hadiah lagi bengkoklah ibu ..*erkk..dasarrrrr kedek. |
Pukul 10.15pm sampai rumah.. buat susu anak-anak.. Ok jom mula projekkkkkkkkkkkk!!!
Seronok anak-anak membantu buat kraft sambil bergaduhlah apa lagi.. Sepit nih nak kasi teacher ni.. sepit tuh theacher itu.. makin lama makin bertambah lak senarai teachernya. Aik tadi kat kedai kira ada 15 orang teacher je? Adehh... sampai korek almari solek nasib baik ibu banyak brooch cantik dari Korea belum pakai.
"Untuk Teacher Zia takde lagi ibu" kata Ayra Adeena.
"Ada tuh ada sepit lebih satu untuk ibu tuh kasi teacher Zia." balas Ibu
"Teacher 'Zia' lelaki ibu ejaannya Dzia"
"Ada tuh ada sepit lebih satu untuk ibu tuh kasi teacher Zia." balas Ibu
"Teacher 'Zia' lelaki ibu ejaannya Dzia"
"Erkkk.. mana ibu tahuuuu...dah kata nama Zia..." adoii.. Sepit pon sepitlah... hahahaha
Bertungkus lumus menyiapkan.. Aafia macam biasa excited mmg susah nak tidur. Kakaknya dah babai kena paksa tidur. Aafia paksa la camne pon terkebil-kebil tunggu ibu siap gak.. 1.15 pagi setel dan masuk beg dah jom tido esok nak sekolah!!
Ini hasilnyaaaaa... taraaa..
Bungkusan comel si burung hantuuu... |
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru termasuk ibuku, adik-adikku, bapa saudaraku, ibu saudaraku, sepupu-sepupuku.. wah ramainya guru patutlah kenduri kahwin sentiasa mahu cuti sekolah. :) Segala pengorbanan cikgu akan disemat dan hargai selagi hayat dikandung badan.
0 comments:
Post a Comment