Assalamualaikum...
Selamat datang ke Laman Blog Senireka Hidupku. Terima kasih kerana berkunjung kesini.
Sepatah dua kata sempena perasmian blog. :)
Sudah sekian lama juga berhasrat mahu memiliki blog sendiri. Akan tetapi keazaman kurang. Kerap kali kesayangan hamba menyebut untukku buat sesuatu tentangnya namun apabila keazaman tiada.. maka tiadalah ia. Tetapi semenjak melihat bogspot mempunyai template baru yang agak menarik dipandangan mataku.. Keazaman mengebu-gebu tiba-tiba. Maka, lahirlah blog ini. Diharapkan kemahiran menulis itu masih ada setelah sekian lama terhakis dilanda kesibukan yang dicipta.
Kenapa ya mahu berblog? ermm.. Perniagaan internet dan perkongsian hasil seni yang lahir dari hati..
Akan tetapi jika perniagaan, product telah dijual lama sebelum popularnya perniagaan internet dan juga blog. Bagaikan sayang semuanya sudah terlambat!
Tak mengapalah, biar terlambat dari tiada langsung! Dahulunya kemahiran dijual didalam keadaan terlalu santai. Tidak cukup serius. Mengisi masa lapang dan pelbagai alasan yang lain. Kini saya ingin lebih serius dan menambah kreadibiliti saya kepada bakal pelanggan. Mereka akan lebih kenal saya dengan blog dan penulisan saya.
Yang penting bila berblog ni ialah gembira dengan menulisnya. .. Harapnya dapat digunakan ruangan ini dengan sebaiknya. Tidak menulis perkara-perkara yang terlalu peribadi dan bercerita tentang hati, rasa dan jiwa pada seluruh dunia. Kekal pada objective asal. SENI, SENIREKA... Seni yang direka olehku.. :)
Senireka hidupku.. semuga melengkapi kehidupan kami sekeluarga. Amin.

0 comments:
Post a Comment