Sunday 10 November 2013

Pertandingan Mewarna Mini Karnival

Pertandingan Mewarna Mini Karnival Persalam-Bank Rakyat.


Pertandingan mewarna ini berlangsung di Sek. Menengah Kebangsaan Setia Alam.
Yeah.. Ayra  mengondol tempat ke2 dan Aafia Amra mendapat hadiah saguhati. Alhamdulillah. Tahniah anak-anak ibu. Sayangggg ketat-ketat!

Tidak sia-sia pagi-pagi dan huru hara nak pergi sekolah. Semasa inilah warna hilang, sikat tak jumpa.. ermm.. macam-macam hai la anak. Walau bagaimanapon goodies begnya tersedia semua. Dari t-shirt hinggalah ke warna. Memudahkan.

Adeena senyum simpul dapat Tempat Ke2 . Tahniah sayang!



Aafia dapat hadiah saguhati. yeiii.. 



Ayah! Ayah! Anis nak salam burung Nuri!

Ibu pula mengambil kesempatan untuk menderma darah. Kali terakhir derma darah kira-kira 5 bulan yang dulu. Tak konsisten betul. Kenkadang setahun dapat 2 kali.. kenkadang setahun tak derma langsung. Jika  mengandung, bersalin, menyusukan anak, bertahun-tahunlah tak boleh menderma. Patutnya jika tiada aral selang 3 bulan kena azam derma darah ni.. AZAM! Yah! yah! yah! Duit tak banyak untuk kita dermakan, derma darah pon amal jariah juga.

Buku derma darah ada sampai 2 buah.. Ish..ish..ish.. lo ni tulis dalam kertas je jika tiada buku. Kena letak buku dalam handbag umpama IC, boleh menderma bila-bila masa dengan konsisten catat dalam buku yang sama idoklah tulis dalam kad sahaja atau buat buku baru.


450gram dare diambil. Lepas nih dapat minum MILO ye.. kikikik.. standart drink kut.. asal derma darah mesti milo.

eh.. Ibu dapat gak goodies beg dari bank rakyat. Warna pensel dan t-shirt Bank rakyat... kekekekek.. Ibu leh joinlah pertandingan mewarna ni... :)

Terima kasih Bank Rakyat!



0 comments:

Post a Comment