eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

Selamat Hari Raya Zulkaedah :)

Aku tak pernah suka biskut dahlia ataw adik beradiknya biskut samprit  yg tak lawa tu. Hehe
Tapi leh terbikin lak.. sebabnya Ayra suka.
  
Hari raya beraya di rumah orang, kueh dahlia dicari dahulu. Heran pulak.. apaa laaa yg sedap biskut dahlia ni. Aku pon try 1.. try 2.. try 3.. eh sedap la pulokkkkkk... ajaibnyeee... lol
Dulu2 kueh wajib adalah marmar charies, tart, biskut arab dan almond london. Sekarang hanya tart yang masih kekal di dalam list wajib. Yang lain sudah tak mandang. Sekarang list wajib kueh raya asam-asam.. ler.. apa tebiat la pulak. Abang adik pon suka asam kekdahnya. :)

Goggle resepi, mudah aja.. dalam mudah saja ramai juga orang buat tak jadi ya..kembang.. meleper dan sebagainya.. cer kita buat jadi ke idok. Resepi copy paste dari Mat Gebunya bloq.
  
Jadi ke idok ni? kembang tak bunganya? Yang penting Ayra kata sedap sangat ..ehem..

Biskut Dahlia Rindu Alam
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) 
140 g gula aising
 2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

 

kami yang buat tawww
Sebelum bakar. tak comel pon.. semprot sempritkan sekali ajek tak kuasa nak ejas bagi bunganya lawa. nak maghrib dah ni..hohohoho..




Aafia tanya, "Kenapa ibu buat biskut banyak-banyak ni? Sebab anak ibu suka? " Dia tanya dia jawab.
"Anak ibu kan suka makan biskut balik dari sekolah kudap-kudap. Ibu balik kerja lambat, nak masak lagi anak ibu cepat lapar makanlah biskut dulu, dari ibu beli biskut kat tesco, baik ibu buat sendiri biskut. Lebih sedapkan?" :)

Ada lagi list kueh raya bulan Zulkaedah ni.. hahahaa.. tapi coklat chip putihnya dah habis diratah anak. Camne? 

 

Tuesday, 23 July 2013

Kueh Raya Ayra dan Aafia dalam The Star


Keratan akhbar bertarikh 22 Julai 2013


Artikel versi online disini 

"Designer Khairinah Chumari, who is an avid mountain climber, loves to cook, bake, decorate cakes and sew during her free time."  gituu.. citer mountain climbing langsung takde dalam blog ni yer...

Siap promo blog  lagi.. erkk.. hahahaha.. Blog pon tak sempat nak hias cecantik padahal awak designer yer boleh pulak pakai DEFAULT DESIGN je.. ish..ish..ish.. tak sempat nak godek blog dan isi kandungannya. Dynamic template nih pula ada problem terus jadi hitam dan putih je blog nih padahal aku sudah custumise dengan warna yang comei gitu. Takpelah biarlah buat masa sekarang. Bulan-bulan puasa tak kuasa sangat nak ngadap PC lama-lama. Fotobook, custum album semua pending dulu tak buat.

 Seronok anak-anak apabila ibu tunjuk kueh raya yang mereka buat di dalam surat khabar semalam. Aafia terus nak buat kueh raya.. "Ibu jomlah kita buat kueh raya lagi.. Aafia seronok sebab kueh raya kita buat sangat sedap". hahahaha.. Kena buat banyak adunan nih sbb bila mereka suka.. kuehnya tak sempat tunggu raya dah habis. :)  Oven ibu yang rosak belum pon diganti.. macamana nak buat kueh raya? pakai periuk ajaib korea? hahahha.. sekarang nih kan demam periuk ajaib.. macam-macam boleh dimasak mengunakan periuk ajaib itu termasuk cake dan biscut!  rupa-rupanya aku ada periuk ajaib tu mujur beli tak mahal masa holiday ke Korea dulu... Cuma rupanya tak lawa macam yg tengah ngetop sekarang nih harga boleh tahan dalam rm150 gitu,  awak beli tak sampai rm70 , tapi kena pergi Korealah.. hahahahha..










Monday, 27 August 2012

Selamat Hari Raya .. Hasil seni menjelang raya..

Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca budiman. err..ada ke pembacanya? hehehehehe..

Bulan Ramadhan tidak banyak aktiviti kesenian yang dilakukan. Mahu menjahit baju, mesin jahitnya rosak. 2 kali hantar kedai untuk diperbaiki. Kos beli mesin jahit lama itu cuma rm150. Membaikinya rm85 + rm55 =  rm140. Ermm.. (bila nak dapat keizinan beli mesin jahit baru niiii? 2 tahun dah propose..  ) membazir agaknyer sbb tuh tak dapat izin.. yerlah.. menjahitnya setahun hanya sekali yer dok?  Jadi takut tak siap baju anak-anak sebelum raya, jahit cepat-cepat bila berkunjung ke rumah mertua...

Seminggu sebelum raya mesin jahit alhamdulillah dah siap baiki... tapi.... ah..langsir buat selepas rayalah... :)

Kueh raya buat sejenis sahaja. Lain-lain beli sahaja. Mudah dan ringkas. Lagipon zaman sekarang kurang sangat tetamu mahu makan kueh raya. Buat banyak-banyak membazir sahaja. Terkenang juga zaman bujang dulu. Jika membuat kueh raya paling tidak 4-5 adunan.  Sampai tertidur-tidur dihadapan oven bila membuat kueh melewati jam 2 pagi... :)

Nah.. saksikah kueh raya yang dibuat untuk mengembirakan hati anak-anak. Biskut Fancy Aiskrim. Sedap & ringkas.


Biskut Fancy Aiskrim


Kami sedang membuat kueh raya... bersemangat nak raya dua anak dara comel..

Ini hasilnya kueh raya kami...Biskut Fancy Aiskrim... Sedap tau... ibu tolong buat garis-garis tuh ajeee.. Aafia kata ibu buat tak cantik sbb ibu buat senget-senget... kena buat tegak-tegak baru cantik katanya... Iyalah sayanggg... hehehehe..



Donut Raya

Kire kueh raya gak nih udah dibuat semasa raya... :)
Donut Deco by Ayra Adeena. Teacher Ibu buatkan donutnya saja. :)


Ketupat Palas Gajah


Kesenian membuat Ketupat Palas Gajah. Makan sebijik kenyang 2 hari,.

Ini siapalah mengajor buat ketupat segabak-gabaknyer nih... Cepat siap...cepat leh rehat!

Shah Alam - Raya bermula seminggu lewat.

Setelah kenyang makan pelbagai resepi ketupat (ketupat palas, ketupat nasi, burasak, lemang, ketupat pulut daun pisang) di kampung... Tiba saatnya untuk beraya ke kotaraya pula.... Perghh.. Berayalah sangat, kemas rumah pon belum. :)  Mesin jahit telah diperbaiki..maka cargaslah saya menyiapkan langsir. Buat pattern yang paling simple sahaja. Paling cepat siap kekdahnya. Sambil2 tengok Transformers, siaplah langsirku! Namun..setelah siap.. Yang mana simple itu nak ditambah-tambahkan dgn accessory la pula...jgn jadi semak sudah!  Ish.. jika tiada unsur geli-geli, bukan eRyn namanya... :)


Sehingga artikel ini ditaip.. langir simple ini masih dijiwa kacau oleh perekanya.. nak tarok bunga ke tidak? hehehehe...
rasanya bunga tuh akan diletakkan di tie back. Kurang menyerlah pula gambar jauh bunga geli-geliku ini. hahhaa..

Apa akan jadi pada langsir ini? Bunganya akan diletak di mana? atau akan dibuang begitu sahaja? ...silalah datang beraya ke teratak Rindu Alam untuk mengetahui lebih lanjut.. Hahahhaa.. Poyo ja.. :)





.