eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Showing posts with label kraf. Show all posts
Showing posts with label kraf. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru!!!


Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Nurse, Hari Guru .. sekian byk hari-hari yang istimewa. Hari istimewa dirayakan dengan istimewa untuk mereka yang istimewa.

Cikgu,

Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,

Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,

Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,

Terima kasih cikgu.



Anak: "Ibuuuu... Esok hari guru Adeena dan Aafia nak kasi teacher hadiah... "
Ibu : "Tak sempatlah sayangg.. ibu banyak kerja nih, raya nantilah ibu kasi hadiah sekaligus terus hadiah hari guru dan hadiah raya mau? "

*Sorang mulut sudah moncong sedepa.. sorang lagi ratu air mata dan mula nak drama..

Ibu: Ok! Ok! Jom g kedai beli hadiah!!  erm.. meloncat semuanya.

arghh.. jam sudah menunjukkan 8.30 malam. Shopping-shopping apa yang ada.. Sekarang shopping amat memenatkan.. Kerana dulu kakak memang tidak banyak kerenah, ikut aja cakap ibu.. Takde istilah buat hal masa shopping. Adik kecik depaa...wah..wahh..wah.. mula tunjuk taring. Sangat pandai merajuk nak beli barang tak dapat pusing2 badan tanak jalannn.. bukak kasut dan mula nak bergolek dilantai...tak takut kena tinggal lak tu.. hadoi.. berdukung sokmolah gamaknya ....  jem... jem.. jem...

Puas ronda gaklah  nak bagi apa.. cikgu yang disenaraikan ada 15 org. Rembat ajalah apa yg ada depan mata...  Belik punya belik eh senang jek buat benda nih buat sendiri pakai belen kain baru berapa kosnya.. bila jual amboimakkk... amboi.. bila pulak nak jait tuhhh.. pilih punya pilih ini hasilnya..kikikikkii... Oh untuk cikgu lelaki takde lam gambar.. hahaha.. segan nak tunjuk.. *wink
Jadilah sebagai tanda ingatan.. Nanti raya nak kasi hadiah lagi bengkoklah ibu ..*erkk..dasarrrrr kedek.


Pukul 10.15pm sampai rumah.. buat susu anak-anak.. Ok jom mula projekkkkkkkkkkkk!!!
Seronok anak-anak membantu buat kraft sambil bergaduhlah apa lagi.. Sepit nih nak kasi teacher ni.. sepit tuh theacher itu.. makin lama makin bertambah lak senarai teachernya. Aik tadi kat kedai kira ada 15 orang teacher  je? Adehh...  sampai korek almari solek nasib baik ibu banyak brooch cantik dari Korea belum pakai.

"Untuk Teacher Zia takde lagi ibu" kata Ayra Adeena.
"Ada tuh ada sepit lebih satu untuk ibu tuh kasi teacher Zia."
balas Ibu
"Teacher 'Zia' lelaki ibu ejaannya Dzia" 
"Erkkk.. mana ibu tahuuuu...dah kata nama Zia..."  adoii.. Sepit pon sepitlah... hahahaha

Bertungkus lumus menyiapkan.. Aafia macam biasa excited mmg susah nak tidur. Kakaknya dah babai kena paksa tidur. Aafia paksa la camne pon terkebil-kebil tunggu ibu siap gak.. 1.15 pagi setel dan masuk beg dah jom tido esok nak sekolah!!

Ini hasilnyaaaaa... taraaa..

Bungkusan comel si burung hantuuu...


Burung hantu lambang org pandai dan banyak berfikirkan? Bagai lambang GURU gituuuuu..  :)
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru termasuk ibuku, adik-adikku, bapa saudaraku, ibu saudaraku, sepupu-sepupuku.. wah ramainya guru patutlah kenduri kahwin sentiasa mahu cuti sekolah. :) 
Segala pengorbanan cikgu akan disemat dan hargai selagi hayat dikandung badan.






Monday, 24 September 2012

Pop up drawing

Lukisan Pop up anak-anakku.. Ayra tukang lukis.. Aafia tukang warna.. lepas tuh bergaduh gak sbb adik warna tak lawa.. dsb.. pastu main semula... gaduhhh lagi... hai anak-anak..

Tapi ibu kagum gak.. sbb semasa kecil ibu  pandai melukis.. .. tapi takde terfikir nak buat 3D... anak-anak zaman sekarang... hehehe.. INi mereka buat sendiri.. Teacher Ibu tidak masuk campur.. :)



Puteri ditaman permainan ..


Putera ditaman permaianan

Hall di dalam rumah, ada TV, Sofa, remote control almari etc

Bilik mermaid

Bilik air ada buth tub sambil itik berenang-renang

Bilik happy birthday kata Ayra. Amboiii.. ada bilik khas utk berparty

Car park area


jemput masuk rumah saya :)



Bilik mermaid ..


Ini klinik.. sila masuk apabila dipangil. Bilik 3 bilik doktor.. bilik 1 pesakit ygs akit tuuu.. :

Ini beg dompet

Siapa ambil siappp!! bagus ada warning.