eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Friday, 15 November 2013

Otak Otak Sedap

Otak-otak sendiri bikin senang ajaaa... tapi kurang keazaman nak buat. Ayra sangat suka otak-otak ni jadi azam ada lebih sikitlah lately ni buat otak-otak. Lelebih lagi tempohari daku ada pergi kelas Masakan Nyonya di MIB akan bertambah rajinnya...

TETAPI.. kualiti kontrol anakku ini amat la hebatttt... 3 kali ibu dia buat otak-otak tidak menepati piawaiannya! waduh.. waduhhh... tekak ibu dah sedap ni.. tekak Ayra tak sedap. Otak-otak yang chef masak pon tak sedap! hahahhaha...

Gred A++ betul tekak Ayra ni.. hanya kedai punya otak-otak yang sedap! Grrrr..


Otak-otak Ikan Tenggiri - mewah ikan.

Otak-otak Ibu ni kata Ayra tak sedap sebab ikan banyak sangat! , ikan tak lumat ..., kasar2 ibu tak blender halus cam kedai...  adoii... sedap nih nak ikan banyakkkk nak oiii..... otak-otak orang kaya mewah ikan tengiri ni..... ngeh ngeh.. ngeh..




Takpelah tak sedap Ibu forzenkan ajek.. Ibu makan ngan ayah aje udah..



hampir jadi, tapi tak jadi jugak...
Otak-otak kali ke3 test ... kaler merah dah macam kedai.. tapi lembut naaa otak-otak ibu.... so fail jugak... adeh.. Beli kedai aje sudahlah gamaknya.. Otak-otak kedai banyak tepung, ikan sikit dan konpem bubuh serbuk perasa.. mana pulak nak dapat resepi kedai pulak.. heheheh...


Selit-selit juga gambar ibu bersama rakan-rakan office ibu g belajar Masakan Nyonya. Seronok layan masak-masak ni .. Ramai yang attend kelas ni.. yg pandai masak pon ada join, yang tak reti masak langsung sohih la ada kan... eh.. ada potong bawang pon kekok mekok.. hahhaha.. arr...sebab itu g kelas, awak yg dah reti masak pon menyibuk jugak heran betul.

Masakan nyonya sedapppp... aku memang suka bangat, udah Melakakan.. tapi sebab masakan nyonya nih ada belacan baru kick.. so kurang nak nak dinyonyakan untuk masakan seharian.





Otak-otak Chef warna kuning yer...  Otak-Otak Nyonya. Pon fail di tekak Ayra! tak sedap! makan segigit aje... hahahhaha.. adoii... Otak-otak Chef tak sedap sbb banyak rempah...ada daun-daun... kakakakka... sedap ni nak oiiii.. adehh laaaa...




 Ibu dan kawan-kawan semasa main kelas masak-masak. Syiok juga..  FREE class, pergi ajalahkannn... :)

Kami masak Kari Nyonya dan Otak-Otak Nyonya!

Belajar ukir buah-buahan juga... senang ajerr ukirnya.. beli aja pisaunya.. :)


Best g kelas memasak ini.. kenkadang bukan masak pon apa yang dibelajarkan tu.. Just for ilmu dan hobi .. :) Anak punya kualiti kontrol lain macam hanya suka otak-otak kedai yg kaler merah, kesimpulannya.. beli ajalah otak-otak dikedai... hahahhaha...
see ya...

Monday, 11 November 2013

Aneka Bihun Goreng - resepi terunik



Bihun Goreng Istimewa?


Bihun Goreng Kerang



Suka Bihun? Hantu Bihun? atau tersampuk bihun?

Cik Mek Ikin yang tersampuk bihun.. Aku pon nak disampuknya sama. Dulu-dulu pernah disampuk bihun dek Kukubesi aka Guli juga.. kini tersampuk kembali untuk menulis di dalam blog ini.

Daku bukan pengemar tegar bihun. Tetapi bihun stok wajib ada didapur. Bukan sikit-sikit stoknya. Beli terus hat gadang 3kilo setiap kali shopping. Ngalahkan orang anak 7 aje. Apapon Memudahkan. Lambat expired. Masakan kecemasan terpantas.

Stok bihun 

Kerap kali juga anak-anak jika tidak beritahu malam sebelum, siang nak pergi sekolah baru khabar ada jamuanlah.. ada Heppy Birthdaylah.. ataupon silap makluman..

 "Ibu, besok Adeena nak bawak bekal g sekolah ya ibu?"
"ok.. tiada masalah.." Ibu menjawab


Esok pagi..sedang ibu memasak bihun sekuali comel untuk sarapan.

"Ibu masak apa untuk jamuan Adeena ni ibu?"
"ehh... kata nak bawa bekal saja, bila masa pula Adeena kata ada jamuan?"
"Ada.. Adeena bagitahu semalam..."

Adoii.. bawa bekal dan jamuan tuh 2 perkara berbeza nakkkk...mujurlah stok bihun ibu nih segabak banyaknya. kalo tak memang bawa bekal 2-3 piring bihun sajalah... :)

Bihun Goreng Purple - mampu bikin? hehehhee.. Kobis purple sebenarnya.

Bihun istimewaku 

Bihun selalu jadi masakan nak cepat siap..:)
Yang paling kerap dimasak.


Bihun Goreng Tomyam - Takde bahan .. tiada udang, tiada ayam,tiada daging... tiada telur.. pendek kata peti ais kosong .. kosong...kosonggg... tapi ada paste tomyam cukup dah untuk masak bihun. Bihun kecemasan!

Bihun Goreng Sardin - kalo kecemasan nak cepat.. bihun goreng sardinlah yg terbaik... nak masak sekuali besar hantar sekolah/nursery pon sempat tayah nak defrost2 ayam daging..

Bihun Goreng Siam - Serai yg diblender + udang kering .. sos ikan... .. uiii sedap niii..

Bihun Goreng Kari ....kalo org chinese popular Dry Curry ..  mee kuning/ bihun bikin dry curry memang terbaek. Anak-anak pula memang suka karikann..

Yang lain2 kira standart bihun tarok apa saja di dalam. segala apa yang ada ayam, udang, ikan, daging, kerang, sotong, gajah dan unta dalam peti ais.. Ikan Goreng tak habis pon masuk jer..
Bihun Goreng Thai (siam, tomyam dan thai..) lebih kurang je nokk tapi kalo guna serai jadi siam.. boh kacang tanah jugak..layann..

Teringat-ingat pula Bihun Goreng Tauchu.. perghhh..sedapp .. sekali dua je pernah masak ..sbb abang adik tak suka tauchu so sekali ajalah pernah beli tauchu tuh..hehehehe... dibihunkan layan gak...

Ingat bihun juga automatik ingat housemate lama zaman bujang. Ina namanya.  Housemateku itu yg kalo masak bihun goreng rasanya tak pernah berubah...... 2 tahun serumah camtulah rasa bihunnya. Terer mementenkan resepinyer... rindu pula .. kalo aku masak konpem lain-lain rasa walaupon menggunakan bahan yg sama.... kejap kering, kejap kembang.. kejap pedas,  kurang pedas..kejap sedap... kejap tak sedap.. hahahhaa.... bla..bla..bla...
Jenis spesis masak makanan yg sama tp rase berbeza2 setiap kali masak...hahhahahah.....ni kes ikut sedap tangan je gitu..


Bihun Goreng Kurma

Bihun Goreng Siam

Bihun Goreng Tomyam
Bihun Goreng Kari Udang

Bihun Goreng Oregano

 
Bihun Goreng Sosej Sos Tomato


Bihun Goreng Kunyit
Bihun Goreng Daging

Bihun Goreng Udang Kering




Bihunku standart kurang aksesori.. silap ibu jugak ni.. dari kecik tak paksa-paksa makan sayur banyak-banyak. La ni masak apa saja semua ditanya.. ini apa..ini apa.. ini apa.. kuis sana.. kuis sini... adehh.....


Apakah resepi TERunik anda? 

 

 

Monday, 21 October 2013

Sirap dan Halwa Roselle

Sirap dan Halwa Roselle


Buah Roselle
ROSELLE? : Sedap.. lama pula tak bikin. Tempohari sessi melawat Pasar Klang lagi. Ternampak pula buah roselle. Belilah sekilo. Pokok roselle ini kire tanaman agak jarang-jarang dapat dijumpai. Ayah mertuaku ada menanamnya di kebun. Baka baik besar-besar buahnya. Daku sendiri ada juga menanam di tepi rumah baka dari Afrika yang diambil dari ayah mertua tercinta tapi dek kerajinan tahap melampaui batas maka pokok rossele arwah akhirnya. Terkenang jua ketika menetap di Sungai Ara, Johor juga banyak pokok roselle ini tumbuh di tepi rumah, baka comel-comel skek dan suka petik dan dimakan begitu sahaja. Masam yg tak ler masam gitu.. 

Kebetulan keluarga dari kampung mahu berkunjung datang untuk meminang anak dara orang untuk adik bujangku pada ahad lepas. Makanya jom buat sirap roselle. Original.


Sirap Roselle

Bahan-bahan

1 kilo buah roselle
1 kilo gula pasir
Air secukupnya.


Cara Membuat
1. Ceraikan kelopak roselle daripada buahnya.  Buah yang berbiji ditengah hendaklah dibuang.
2. Basuh buah roselle sehingga bersih.
3.  Masukkan roselle dan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4.  Masukkan  gula pasir dan kacau untuk larutkan gula.
5.  Kecilkan api dan reneh sehingga sirap menjadi pekat.
6. Tutup api dan biarkan sejuk.
7. Tapis sirap untuk mengasingkan kelopak dan sirap.
8.  Tuang sirap roselle ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
9. Simpan kelopak untuk dibuat halwa.


*J
ika tidak mahu dibuat halwa boleh diblender kelopak roselle dan dimasukkan ke dalam sirap roselle.
*Jika tidak suka roselle diblender boleh juga hanya biarkan kelopak roselle di dalam sirap dan dibancuh sirap  bersama kelopaknya sekali.
Ini rajin sikit siap nak hiris2 buah rosellenya

Basuh bersih dan dimasukkan dalam periuk dan didihkan. Merah sudah airnya.

Masak sehingga pekat. 



Sambil-sambil  menunggu suami pulang dari menghantar anak ke sekolah untuk bersarapan sempat pula mahu memblender buah roselle .. TETAPI ...Tetiba sahaja blender tak bergerak!!! ahh ahh.. takan padam dah blender yang sungguh berjasa ini?  makanya.. jom malam ni buat halwa pula!



Halwa Roselle
Keringkan kelopak roselle hasil tapisan daripada sirap roselle

*pist.. biasa keringkan guna terik mentari. Ibu bekerja ni jika jemur tengah panas ada yg bertakung dek kena hujan.. kita masuk sahaja dalam oven.. Hehheeh.. Jgn terlebih suhu ya.. keras kejung nanti..



Dahulu ketika anak baru seorang.. ada juga membuat jem roselle sendiri. Taim rajin laaaa... Tapi sekarang ahh tak kuasa menghadap kuali lama-lama untuk membuat jem yang memerlukan kesabaran mengacau perlahan tahap  tertinggi. :)
Beli sajaaaaaaaaaa... Jem roselle dari FAMA baru rm2.99. :)





Monday, 23 September 2013

Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor



Hari raya tempohari kami sekeluarga menziarahi seorang sahabat lama di Putrajaya. Suriawati namanya. Macam-macam yang kami borakkan sehinggalah kepada membeli belah barangan keperluan. Suria kerap lalu Setia Alam untuk membeli barangan basah di Pasar Pasir Penambang. 2 bulan sekali katanya!

Wah! daku yang tinggal di Setia Alam pon tak pernah pergi Pasar Pasir Penambang nih! Sekian lama hanya mendengar cerita-cerita keBESTan pasar ini tapi ku buat nohe sahaja tak berminat nak pergi. Jauhhhh bebenor tuuuu Kuala Selangor!! Tapi apabila orang Putrajaya sanggup memandu ke Pasir Penambang untuk beli stok ikan dan udang, takan aku orang Setia Alam yang lebih hampir ini tak pernah pergi? erkkkk!!!


Jalan-jalan cari pasar.
Maka bermulalah keterujaan nak pergi ke Kuala Selangor ini. Kebetulan pula ada kenduri kahwin Guru Taska Aafia Amra di Tanjung Karang. Sambil menyelam minum airlah. Bila goggle di Goggle map ianya berjarak  56.6km dan akan mengambil masa selama 58minit... uiii nasib baik nak g kenduri kawen, kalo semata-mata nak g pasar untuk harungi 57km... errrr.. tak sanggup mak!!! Kalo dah anak 6 dan memerlukan berkilo-kilo ikan, ayam dsb selama semingguuu... haaaa.. itu mungkin akan lain jalan ceritanya.

Pemandangan indah sebelum sampai ke majlis perkahwinan Teacher Fara.

Aku cukup suka g kenduri perkahwinan di luar bandar. Confirm takde ayam masak merah, .. kikikik... lauk sedap.. lauk kampung2 gituuu.. layannnnn.. dah kenyang baru kita singgah menikmati kewangian Pasar basah yer.. haaa.. dah sensiang pakai kebaya dengan seluar jeans gitu..  :)


Alamakk.. terus teruja nak bikin Spaghetti alle Vongole gituu..  tapi laterlah..


Aneka ketam pelbagai saiz.

Adeena kata.. "dah lama kita tak makan ketam"
ok ibu beli ketam hari ni, tapi seramnya ketam besar-besar sangat ..mau pegang seketul pon hampir sekilo nokkk.. so aku piley yg sederhana besar sahaja.  3 ekor  pon dah sekilo lebih. Jadilah.. tayah beli banyak2.



pelbagai saiz.. tapi akhirnya dia kasi rm40 sekilo dr semua tray dia kasi.. alamakk.. saya nak pilih sendiri!!!

Kesimpulan.

Menarik! Tertarik! pasarnya memang da Boommm!

Tapiiii...
ada saja tapinya... hehheheh.. takde jual ayam, daging ketika itu.. ada juga jual ayam kata sahabatku Kak Ina.. kejap ada, kejap takde dan harga agak mahal... sayur sedikit sahaja kurang pilihan. Jadi lecey juga tak boleh membeli belah all in one.
Sekali sekala nak makan udang besar.. ketam besar.. ikan besarrr dan fresh.. oklah datang sini. Semua segar-segar macam makan ikan hidup gituuu... gituuuuuu.. Ikan pon uii.. ikan hebat-hebatlah sampai sini takmolah beli ikan kembung. Ikan selar pon segabak besarnya. Ikan Chinahak pon ada! 

"Ikan apa nih tauke?" besarnyaaaa... kataku.
" Ikan Chinahakkkkk ! "  "ooOOooooo.."

aku OOoookan sahaja... Popular dikalangan orang Cina laaaa kut... desisku dalam hati... tapii.. ada ke nama ikan Chinahak?

"err.. Ikan Jenahak ka tauke?" tanyaku.
"yaaa.. ikan Chinahak..." jawab tauke..

ler... gasak ko ler tauke.. Jenahak.. Chinahak..ikan yang sama.. hahahhhaa.. gegara ikan Chinahak.. aku terperangkap beli ikan Chinahak 4.5 kilo... (kepala + isi ) hahahaha.. bapok besar kepala ikan ni mujur tang isi dapat 3 kelar kau.. kire hampir separuhlah dikerat ikannya bukan kepala semata-mata. Pada asal rm67 untuk 4.5 kilo. Aku buat derk.. nak rm40 jek utk 4.5 kilo.. tup2 dapat la pulak.. cis.. awat tak sebut rm30 tadi... tawar2 dah dapat takan nak tolak pulak... Amik ajeklah.. Bikin kari kepala ikan Chinahak sedap ni..murah dah tuuuu sebab sekilo rm20. Tang ekor RM22 ..

tapi nak g selalu untuk makan ahli keluarga yg comel macam kami ni.. Idok kutt.. jauh bebenooo.. sejam lebih nak sampai tuuu... traffic light pon banyak, taim musim cuti, kenderaan pon banyak.. letih ahh.. harga boley tahan je.. masih boleh dapat harga sebegitu di pasar basah Klang yang berjarak 5km sahaja dari rumah... cuma pasar Klang kenkadang dapat segar bangat.. kenkadang biasa-biasa sahaja.



Hasil karya selepas pulang dari pasar.


Nasi beriani Udang. beli udang wajib masak Beriani Udang wooo...


Ketam Goreng Oat dengan daun kari... miammm...

Cik abang kalo udang besar-besar, ketam bagai nih dia suka goreng sahaja berbanding dikuahkan. Nak extra specal kita goreng spesiallah. Nestum takde kita gati sahaja dengan oat... Uiii sedap.. menikmati hidangan ketam ini makan dengan tenang diwaktu senggang hari minggu.


Yang bestnya, keesokkan hari setelah membeli belah dengan "hebat" di Pasar Pasir Penambang. Buleh pula daku termenung nak masak apa sarapan pagi ini tiada "perencah" yang sehsuai. Abis dah beli ikan gabak-gabak, jenahak, bawal, kerapu bagai.. udang beli yg besar-besar.. ketam bagai.. takan nak bubuh udang sekilo rm40 dalam bihun goreng? miahahhaha..dasar kedekut. So kita bikin bihun goreng telur sajaaaaaaaa....  hahahhaa... dasarrrrrrrrrrrrr.....



Terasa nak bikin udang goreng tepunglah malam ni.












Friday, 28 June 2013

Roti gebu idaman kalbu


Tetiba pula upload gambar roti... nak delete gambar2 nampak pula roti yg buat tempohari.. sejak oven rosak dan mixer pon jahanam.. takde buat roti sudah.. uwaaaaa.. rindu nak meroti... azamlah raya nih beli oven baru... iyakah? huhuhuhu..


Potato bread


sedap makan masa panas-panas.. 
ups..jgn terlebih naikkk...
Siap dah masak roti atas tu... cekelat inti di dalammm


Roti coklat yg disukai anak-anak

Minum petang yang membawa kenyang hingga ke malam... penyek pulak rotinya.. sebab topping berat ke.. terkembang sangat ke.. sebab rapat na ker..rasa dan lembut dan sodappp... ntah balun ajeklah..