eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

DIY gaun dari tudung terpakai

Tudung awning selain dr cerewet nak jaga awningnya.. kerap juga dpt jenis kain yg cepat menipis dibahagian kepala. Bahagian di situ kerap meregang hingga cepat longgar alunan benangnya. Tidak mengapa, itu tandanya dah cukup haul digunakan dan leh bikin tudung baru... :)

Jadi kita boleh bikin kegunaan yang lain sementelah bahagian kain yang lain masih cantik. Gaun anak-anaklah apa lagi...
Jommm bikin...


Tudung awning ni ku jahit gak dulu.. 5-6 tahun sudah kut.. lunyai sudah.
Gaya org kampung potong kain gini lerrr .. 
Potong bulat jek sudey .. gaya senang dan cepat..
Ah siap dah melompat stepnya... :)  

Kain hitam-putih pula belance kain baju ibu saudara Anis.. Sian Anis pakai baju belen-belen kain yer.. hehehehe...


Pagi2 curi snap gambar depan pintu nursery.. Susah bebeno nak amik gambar Anis nih..




Acik-acik yg ada tudung terpenyek awning tuh dr dibuang marilah sedekah pada ibu Anis.. kekekeke..




Monday, 9 September 2013

DIY Tudung Chifon Halfmoon

Apa khabar semua? Mood raya lagi ke?  Mood raya haji tak lama lagi. Sebenarnya dah lama dalam draf posting nih masa Ramadhan lagi tapi tak publish pon sampai habis Syawal sudey..

Mood raya berkurangan dengan peningkatan usia. Persiapan ala kadar sahaja. Ala kadar pon banyak juga belanja bila dikira-kira. Jadi yang mana kita boleh kurangkan berjimat, kita jimatlah. Salah satunya tudung, langsir, bikin sendiri sahajalah yer.
Baju raya anak-anak, suami dan diri sendiri sudah diselesaikan sebelum ramadhan menjelang lagi. Memudahkan. Letih menguak orang bila membeli belah di bulan puasa ni. Tak berdaya dibuatnya! Shopping lagi penat dari naik gunung! fuh!

Menyogo baju 3 anak dare sebelum ramadhan. Terima kasih incik SOGO! jarang soping ..sekali soping pepaham je le...


Belanja agak besar membeli baju raya anak-anak.. Belum baju ibu anak yg ada 12 pasang.. erkk.. (kosongkan rak kain yang dah kumpul banyak tahun kekdahnya!!!) incik suami dah tanya, kain yang abang belikan tahun 2009 bila nak jahit? hehehe... ye ye.. nak jahitlah ni......sekaligus jahit, banyaklah belanjanya... so kena jimat tang lain ni.. Nampaknya budget tudung dah lari ni.. kena buat sendirilah gamaknya...

Nih antara kain chiffon yang sempat dibeli ...

kain chiffon from jackel trading.  12 henget semeter salelah sangat katanya. ( takde maknanya taim tak sale pon gitu gak regenya ) Tak sempat beli byk warna dek mahu jemput anak pulang dr sekolah.. oh.. jadiklah dpt beberapa helai saje...
Seksa nak memotong kain, ada saja kaki kecik berlari-lari atas kain nu... tangkap kasi geget itu kaki...
Ukur tudung secukup rasa, lebih baik jika ada sample tudung sedia ada. Leh main tekap jek ukur.

Ukuran terpulang pada kita.. bagi yang suka Shawl panjang dan labuh, kain kena lebih kurang2 1.8meter. Saya banyak beli 1 meter sahaja. Dpt 2 keping shawl pendek. Dasar jimat. Nak buat double layer kain kena lebih dan boleh mix n match warna. 


berapa helai dapat dah ni... 

pastu g jahit tepi. gedik2 ditepinya tuh..
Bolehlah dicantum dan jahit comel-comel mencantum 2 keping shawl.



Nak comel lagi leh tarok reben-reben, manik atau lace secukup rasa.


Siap dah.. nih kire habis comei arr nih mak anak 3 nih.. :)



Monday, 8 April 2013

DIY Tudung Terpakai - Gaun Anis Aqeela


Assalamualaikummm..
Salam ceria pada semua...

Semalam mengemas tudung.. banyak pula tudung dah masuk kategori tidak boleh digunakan lagi. Nak bawa g XPDC pon dah tak comei herot merot awningnya. Nak sedekah lagilahkan.. kita pon taknak pakai dek dah tak semenggah lagi pula nak sedekah pada orang. Nak sedekah kenalah yang masih molek dan elok, orang pakai pon berbesar hati dan gembira memakainya.. Ini antara tudung yang nak dinyahkan...


Awning dah senget benget takleh nak ejas suda.. 

Tukar Awning? dulu rajin laa... kurang komitment, sekarang tak kuasa.. Tak suka/boring masuk plastik setel. Eh nanti dulu!! Kain tudungnya masih cantik lagiii.. Awning sahaja dah senget lain2 masih comei.. warna pon cemerlang gemilang.. makanyaaa.. amiklah gunting.. amik juga belen-belen kain perca belen gaun kakak-kakak.. makanya jadilah ini.. Taraaaaaaaaaaaaaa...




Comel tak sayaaa?? Dapat juga sehelai gaunkan? 

Susahnyanya nak amik gambar dia asik berlari kesana kemari...

Not so bad juga hasilnya ya.. Kejap ajek siapnya sbb bikin gaun cara senang saja. Cikgu Anis Aqeela bukan main suka tengok semasa hantar Anis Aqeela pagi tadi.... eh Ibu Aqeela lagiiii sukaaaa...  Jimat belanja.. tidak membazir juga. Yang mana ada minat menjahit, boley cuba ya.. :)