eRyn @ Shue Mountain Taiwan

Gunung ke2 tertinggi di Taiwan

Suami-isteri di Mt Qilai dan North Peak Chilai

Gunung paling merbahaya di Taiwan!

Fotobook Aafia Amra

Fotobook yang merakam saat-saat indah sewaktu kelahiran sehingga berusia 2 tahun.

Fotobook Jogjakarta

Fotobook mendari 3 buah gunung. Merapi, Merbabu dan Lawu di Indonesia.

Fotobook

Fotobook XPDC mendaki gunung tertinggi diAustralia

Friday 27 July 2012

Keratan Akhbar

Saya aktif dalam sukan mendaki sejak tahun 1998. Ketika ini telah bekerja dan mempunyai duit poket sendiri. Bergiat cergas di dalam Orang Gunung Kuala Lumpur sejak tahun 2003. XPDC pertama dengan OGKL adalah XPDC 3 Negara (Malaysia-Singapore-Indonesia) ke Gunung Kerinchi, Sumatera Indonesia.

Sejak itu banyak kisah-kisah XPDC telah termuat didada akhbar. Namun malangnya hanya sebilangan kecil sahaja yang kami suami-isteri kumpul. Entah kenapa. Sebahagian besarnya hilang begitu sahaja.



Ketika ini aku tiada, anak mahu ke tandas.. hehehe


Saturday 14 July 2012

Kek Hari Lahir Suami Tersayang

Kek yg dibuat dengan penuh kasih sayang dari adik abang untuk abang... Gigil-gigil tangan nak buat bunga rose atas kek ini. Jika ada cacat cela semuga ianya tetap sempurna dimata abang .. Selamat Hari Lahir Abang Adik. Semoga diizin Allah kasih sayang berpanjangan.. Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan nikmat umur ini terima kasih atas segala-galanya.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Kemahiran seni yang terbaru. Tidak tahu berapa lama boleh bertahan. Agak leceh juga mahu berhobi mendeco kek ini kerana pengemar kek tiada. Anak-anak seronok makan sekejap sahaja. Dapat makan sekeping dua sudah mengeleng kepala. Cepat muak juga mereka. Jika tidak boleh juga kerap-kerap buat kek yaaa.. kerap buat kek untuk hadiah/sedekah agaknya. Doakan agar  azam sentiasa membara.. jika tidak kesenian menghias kek nih nanti hilang ditelan dek masa..



Wednesday 11 July 2012

Buat pertama kali ...

Assalamualaikum...

Selamat datang ke Laman Blog Senireka Hidupku. Terima kasih kerana berkunjung kesini.
Sepatah dua kata sempena perasmian blog. :)

Sudah sekian lama juga berhasrat mahu memiliki blog sendiri. Akan tetapi keazaman kurang. Kerap kali kesayangan hamba menyebut untukku buat sesuatu tentangnya namun apabila keazaman tiada.. maka tiadalah ia. Tetapi semenjak melihat bogspot mempunyai template baru yang agak menarik dipandangan mataku.. Keazaman  mengebu-gebu tiba-tiba. Maka, lahirlah blog ini. Diharapkan kemahiran menulis itu masih ada setelah sekian lama terhakis dilanda kesibukan yang dicipta.

Kenapa ya mahu berblog? ermm.. Perniagaan internet  dan perkongsian hasil seni yang lahir dari hati..
Akan tetapi jika perniagaan, product telah dijual lama sebelum popularnya perniagaan internet dan juga blog. Bagaikan sayang semuanya sudah terlambat!

Tak mengapalah, biar terlambat dari tiada langsung! Dahulunya kemahiran dijual didalam keadaan terlalu santai. Tidak cukup serius. Mengisi masa lapang dan pelbagai alasan yang lain. Kini saya ingin lebih serius dan menambah kreadibiliti saya kepada bakal pelanggan. Mereka akan lebih kenal saya dengan blog dan penulisan saya.


Yang penting bila berblog ni ialah gembira dengan menulisnya. .. Harapnya dapat digunakan ruangan ini dengan  sebaiknya. Tidak menulis perkara-perkara yang terlalu peribadi dan bercerita tentang hati, rasa dan jiwa pada seluruh dunia. Kekal pada objective asal. SENI, SENIREKA... Seni yang direka olehku.. :)


Senireka hidupku.. semuga melengkapi kehidupan kami sekeluarga. Amin.